Jogja Journey

DAY 1 ~ 20.05.2015
Day 2 (kat bawah) . Day 3 . Day 4 . Day 5     🏠 Home
(click image untuk paparan album lebih besar)

Bye bye KLIA2...
Korang ingat lagi tak trip kitorang ke Jogjakarta yang terpaksa di cancel dulu disebabkan oleh letusan gunung berapi dan melencongkan trip tu ke Bali? Haaaaa... Kali ni kitorang qada balik trip tu. Hihihi... Macam biasa la, flight kitorang mesti la dari Penang. Flight dari KLIA2 ke Jogjakarta lebih kurang jam 2.30 petang. Flight mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Masa kitorang sampai kat Adisucipto International Airport dah nak gelap dah pun. Kitorang punye guide dah siap sedia tunggu dah. Kali ni driver lain, guide lain plak. Cewek lagi tau. Hihihi... sebab dah agak lewat, so kitorang pun terus la menuju ke hotel yang berdekatan dengan kompleks candi Borobudur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak la. On the way tu kitorang singgah makan malam dulu. Masakan padang. Janji kenyang. Hotel yang kitorang stay ni memang sempoi angat. Ada 3 bilik jer. Tapi memang cute dan unik. Actually memula kitorang plan nak stay kat Manohara Hotel sebab kat sini jer ada pakej tengok sunrise dari Borobudur. Tapi bila pikir-pikir balik, macam tak berbaloi jer sebab beza harga kalau stay kat tempat lain memang sangat banyak. At least boleh la la guna duit tu untuk benda lain. So, tukar plan. Dapat merebahkan badan dan tido memang enak banget. Begitulah berakhirnya hari pertama... Hihi...


DAY 2 ~ 21.05.2015

Hotel cute ni walaupun kecik, tapi ada sediakan breakfast tau. Nasi goreng dia nampak macam biasa-biasa jer tapi rasa memang agak sedap. Dah kenyang, kitorang terus check out dan seterusnya menuju ke Kompleks Candi Borobudur. Dekat jer pun. Disebabkan time ni musim cuti sekolah kat sini, maka banyaklah budak-budak sekolah yang buat lawatan. Kompleks candi ni adalah antara yang terbesar dan tertua. Kerja-kerja baikpulih arkeologinya memang mengambil masa yang panjang memandangkan strukturnya yang kompleks. Sepanjang kitorang memusing dan memanjat, akak guide kitorang pun bercerita la mengenai ukiran lukisan yang terdapat di dinding candi ni. Pasal kerajaan, pasal dosa, pasal fitnah, macam-macam lagi la. Candi ni bertingkat so korang kena la memanjat. 


Dalam setiap stupa tu pulak ada ukiran patung. Kerja konservasi memang dijalankan setiap masa agar ianya terpelihara. Kompleks ini juga telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage Site. Kawasan ni sangat luas sebenarnya, so kalau nak tour seluruh kawasan memang tak larat la. Sepanjang berjalan nak kembali ke tempat parking tu memang korang akan diserbu secara agak agresif oleh makcik-makcik yang menjual souvinir. Kitorang memang tak bercadang nak beli pun so bagitau dengan polite je la. 




Next destination ialah ke Kompleks Candi Arjuna. Agak jauh jugak la, amik masa dalam 2 jam lebih. Kawasan ni pun kawasan tanah tinggi. Dingin jer walaupun panas. Kompleks candi ni tak la sebesar Borobudur disebabkan banyak monumen yang tidak dapat dibina semula. Kagum jugak la sebab dorang boleh bina kat kawasan tanah tinggi camni. Dari sini, kitorang ke Kawah Sikidang plak. Dekat jer, dalam 15 minit jer. Kawah ni mengeluarkan stim. Masa mula nak masuk kawasan ni rasa macam dalam filem seram plak. Ala... yang ada asap-asap tu... Asap dari stim tu la. Menggelak la air dan selut kat dalam kawah tu. Dah posing-posing kat situ, kitorang move to Telaga Warna Dieng plak. 



               

Korang nampak tak kaler air tasik tu?









Dikatakan air tasik ni berubah-rubah warna. Ye la kot... Tapi aku nampak kaler hijau jer. Hihihi... Takde mende sangat la kat sini. Nak rehatkan otak boleh la kot... After that, kitorang pun meneruskan perjalanan balik semula ke kota Jogjakarta. Perjalanan mengambil masa lebih dari 3 jam (macet lagi...). Kitorang check in hotel yang berdekatan dengan Jalan Malioboro. Nama hotel tu Grage Ramayana Hotel. Very nice hotel. Dekat dengan Malioboro Mall plak tu. Dah bersihkan diri, kitorang kuar dinner dan jalan-jalan cuci mata dulu. Memang happening malam kat sini walaupun weekdays. Sepanjang jalan penuh ngan orang (dan kuda. Hihi...). Dah letih jalan, kitorang balik bilik dan zzzzzzzzz...

Surabaya Super

DAY 0 & 1 ~ 05.03.2015
Day 2 . Day 3 . Day 4 . Day 5     🏠 Home
(click image untuk paparan album lebih besar)

Okay… Dah lama aku tak update blog aku ni. Nak wat camne, tuntutan kerjaya… Hahaha… (sangatttt…!!!) Actually trip kali ni dah berlangsung tahun lepas lagi dah. Destinasi kitorang kali ni masih lagi di Indonesia. To be exact, SURABAYA. Surabaya ni terletak di bahagian timur Pulau Jawa. Flight kitorang dari KLIA2 pagi, (takde la awal sangat) tapi disebabkan kitorang dari Penang, so kene la amik flight paling lewat (tengah malam) hari sebelumnya tu sebab flight terawal dari Penang tak sempat nak catch up flight kitorang ke Surabaya tu. Terpaksa la kitorang bermalam di KLIA2. Hihi... 

Bye bye Penang...

Terasa macam pelancong betol. Memang ramai orang yang overnite kat KLIA2 ni. Memang tak selesa sangat la nak tido pun. Tido-tido ayam jer. After dah breakfast, kitorang pun menuju ke counter check-in bila tiba waktunya. Cuaca Alhamdulillah baik. Lebih kurang 2 jam lebih penerbangan, kitorang pun sampai la di Juanda International Airport, Surabaya. Beso la jugak airport die. Airport baru. Sebelum datang sini, kitorang dah pun buat arrangement dengan orang tour guide kat sini. So, masa nak keluar kat ruang menunggu tu, ade la guide-guide yang pegang sepanduk nama-nama orang. Ni baru la pelancong. Haha... guide kitorang ni namanya Pak Wong. Sebenornye, die ni orang Malaysia gak. Orang Penang lagi, tapi dah lama dok kat Surabaya ni atas urusan bisnes. Walaupun dia ni chinese, tapi cakap melayu memang fasih sungguh. Selepas dah sembang-sembang dan brief apa yang nak dibuat untuk hari ni, dia pun serahkan kitorang kat staf dia. Yelah, dia kan boss. Takkan dia plak yang nak bawak kitorang. Untuk hari pertama ni, kitorang akan terus menuju ke Gunung Bromo. Masa nak mulakan perjalanan tu, boleh pulak handphone aku buat hal masa nak tuko simcard sana. Tak boleh nak on terus...!!! Aarrggghhhhh...!!! Tension siot. Tapi nak wat camne. Kitorang pun teruskan la perjalanan dengan Avanza. Kitorang diberitahu perjalanan ke Gunung Bromo ni memang agak jauh dan jalan dia boleh tahan mencabar... Tawakal je lah. 

Lapindo


On the way tu kitorang singgah kat Lapindo. Lapindo ni dulunya adalah sebuah perkampungan tetapi akibat dari berlakunya kejadian banjir selut panas, habis kawasan kampung ni ditimbusi dengan selut tu. Kesian la jugak tengok... Memang habis terus... Korang boleh tengok kesan-kesan dari musibah ni. Dah abis amik gambar, kitorang pun meneruskan perjalanan. Driver tu singgah kat satu kedai menjual barangan kulit. Dia kata memang murah harga kat sini. Mula ingat tak nak beli apa-apa lagi tapi terjebak jugak. Haha... Tapi takde la beli ape sangat pun. Aku beli sandal jer. Hari semakin petang dan cuaca semakin gelap. Memang jalan die macam ular kena palu. Seb baik la view cantik so takde la rasa pening sangat. Di lereng-lereng bukit tu memang penuh dengan tanaman sayur. Tak pasang aircond pun nyaman je rase. 

Durian serigala jadian... Hihi...


Sebelum sampai tu, kitorang nampak ada gerai-gerai tepi jalan yang menjual buah-buahan, termasuk la durian. So... we all decided to try rasa durian kat sini. Eeemmmm... Pendapat peribadi aku, durian Malaysia jauh lebih sedap... Hihihi... After lebih kurang 4, 5 jam, campur dengan jam lagi, sampai la kitorang kat Hotel Bromo Permai 1. Hotel ni is the best hotel kalau nak buat aktiviti kat Bromo ni. Lepas check in hotel, kitorang jalan-jalan la kat sekitar hotel ni sementara tunggu nak dinner. Memang cantik view. Tak sabar nak tunggu aktiviti besok. Kat sini ramai budak-budak dok jual muffler. Ye lah, memang sejukkkkk siot kat sini. So, baju sejuk or sweater is a must. Snow cap pun sama. Glove pun sama. So, bawak le siap-siap yer kalau tak nak beli kat ini. Dinner kitorang kat restaurant kat hotel ni not bad. Harga pun berpatutan. Lepas jalan-jalan lagi menikmati udara dingin malam, kitorang pun balik ke bilik untuk rest sebab awal-awal pagi nanti dah nak kena bangun...