Mount Kinabalu Climb

Day 1 ~ 01.10.2013
Day 2 . Day 3 . Day 4     🏠 Home
(click image untuk paparan album lebih besar)

OK. Trip aku kali ni agak berlainan sedikit. Kali ni aku ada satu misi untuk dijalankan dan hopefully ianya akan berjaya. Kalau sebelum-sebelum ni aku aku just spend time untuk jalan-jalan menikmati keindahan alam, shopping, tengok tempat-tempat menarik, etc. etc... Tapi kali ini misi aku merupakan antara misi yang paling besar dan mencabar untuk aku tunaikan. Memang ianya merupakan antara impian yang amat-amat nak aku lakukan. Mesti korang tertanya-tanya kan, apa la sangat misi aku tu... Hihihi... Actually, trip aku kali ini adalah untuk menakluki puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu puncak Gunung Kinabalu. Aku memang dah lama pasang angan-angan untuk berada di puncak Gunung Kinabalu. So, bila dapat peluang (thank you so much to Penang Port staffs especially Tuan Izhar Jusoh...!!!) memang aku tak lepaskan la... Untuk makluman, aku sebenornye risau jugak sebab aku memang tak cukup training. Hahaha...!!! Seingat aku la, ade la dalam 2 kali jer aku training panjat bukit. Hihihi... Hopefully aku cukup fit la untuk sampai ke puncak. OK la, dipendekkan crita, perjalanan kami bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Flight ke Kota Kinabalu dalam kol 10 pagi camtu la. Group kami ni ade la 20 lebih orang ahli ekspedisi. Kebanyakannya memang dah berpengalaman. Aku ni jer yang baru beginner. Hahaha...!!! 


While waiting...
Smile... :)

One for the album...
Ada jugak yang sempat snap... :D


Penerbangan mengambil masa dalam 2 jam lebih. Kol 1 tengah ari kitorang pun sampai la KK. Ini merupakan kali kedua aku di KK. Sebelum ni datang jalan-jalan jer. Sampai je kat airport KK chartered van kitorang dah siap tunggu untuk ke destinasi kitorang yang seterusnya iaitu ke Kinabalu Park. On the way ke sane kitorang singgah lunch dulu kat satu pekan kecil ni. Ape tah nama die, aku pun dah lupe. Pekan Telipok kalau tak salah. Yang aku ingat ade supermarket Giant kat situ. Dah kenyang, kitorang stop pulak kat pekan Nabalu. Aku dah penah datang sini dulu. Kat sini ade dijual souvenir untuk dibeli sebagai buah tangan. Aku tak beli ape-ape pun sebab balk nanti boleh singgah lagi. Tapi, yang almost of us beli ialah tongkat rotan, sebab tongkat ni memang sangat diperlukan bila mendaki nanti. Satu yang menarik kat pekan Nabalu ni ialah korang boley tengok dengan jelas Gunung Kinabalu. Magnificent. So huge. Terdetik jugak kat dalam hati waktu tu, mampukah aku sampai ke puncak nanti... Hhmmmm... InsyaAllah aku cuba la yang termampu aku. Dah puas posing-posing kat situ, kitorang pun terus la ke Kinabalu Park sebab nak kene amik permit kebenaran untuk mendaki. Ni pun kali kedua aku datang sini. Sebelum ni dah penah datang, siap hiking lagi kat dalam hutan tu. Hihihi... 





Dah setel semua urusan, kitorang pun terus ke destinasi terakhir hari ni iaitu ke Mesilau Nature Resort. Dekat-dekat area Kundasang jer. Kat sini jugak la nanti kitorang akan memulakan pendakian kitorang. Actually, untuk starting point mendaki ni ade 2, satu Timpohon Gate iaitu kat Kinabalu Park dan juge Mesilau. Bezanya trail Mesilau ni lebih jauh dan lebih mencabar tetapi pemandangan sepanjang pendakian tu mmg fantastic dan korang jugak akan dapat sijil extra kalau guna trail ni. Masa kitorang sampai resort ni dah gelap dah. Dah siap urusan pendaftaran, kitorang pun masuk la bilik. Dah rehat jap, terus kitorang gi dinner dan juga diberi briefing oleh ketua ekspedisi berkaitan dengan program untuk besok hari. Suhu kat sini, bbrrrrrr... Memang agak sejuk jugak la... Nak mandi malam tu pun pikir 2,3 kali jugak la. Dah ler water heater macam tak function sangat. Haha... Tapi aku mandi jugak la. Untuk tak nak tergesa-gesa besok, kitorang pack siap-siap barang keperluan yang nak dibawa naik besok. Yang selebihnya tu boley tinggal ngan kitorang punye tour guide jer. Malam tu masing-masing tido awal sebab besok merupakan hari penting buat kitorang semua. So, rehat mesti cukup... Zzzzzzzzzzzz...

Having our dinner...
Briefing by our group leader