Kinabalu Climb Day 2

Day 2 – 02.10.2013                                                                                                       
Day 1 . Day 3 . Day 4     🏠 Home

Hari ni merupakan hari besar buat aku. Macam-macam perasaan ada. Excited. Nervous. Happy. Semua adalah. Dah siap-siap semua, kami pun berkumpul kat bawah. Resort tu dah bagi bekal siap bungkus. Ketua exspedisi bagi amanat. Pastu kitorang baca doa mintak semua urusan kitorang berjalan lancar dan semua ahli berjaya dalam ekspedisi kali ni. Ramai jugak yang memulakan pendakian dari Mesilau ni, both local and also foreigners. 

I'm all geared up...!!! ;)








Sebelum start, kitorang punye sherpa bagi briefing dulu. 2 org. Korang kalau tak larat nak tanggung beg korang, boley la bagi sherpa-sherpa ni tolong bawakkan but of course with a cost la... Hihi... Kalau tak silap aku 1kg kene bayor dlm RM50 kot... Takpelah, aku rasa baik aku bawak sniri jer. Lagi pun aku nak merasai sendiri keperitan pendakian dengan tulang empat kerat aku seniri. Chewwaahhh...!!! Haha...!!! 

 


Bila gate dah dibuka kira-kira jam 8.30 pagi, kitorang pun memulakan la pendakian kitorang. Start-start je dah kena kerabat tangga. Aku memang bersemangat berkobar-kobar. Dalam 30 minit pertama tu, memang rasa agak semput sket sbb kena memanjat but when kitorang dah mula agak biasa dengan kondisi bentuk muka bumi, rasa letih dan penat tu hilang perlahan-lahan. Ditambah pulak lagi dengan pemandangan... Yang... Fuhhhh... Memang korang kene datang sniri baru tau. Patut la dorang kae trail Mesilau ni view die magnificent. Memang btol pun. Tak dinafikan, memang la lenguh kaki, sakit badan semua ada tapi bila tengok view keindahan alam ciptaan Allah ni, rasa letih tu bertukar dengan rasa takjub. 

 



Biasa la aku, kalau tak posing memang tak sah. Hahaha...!!! Seb baik la ada geng yg sropa. Dok take turn amik gambaq masing-masing. Setiap 1km dorang akan buat sign. Rasa nak sampai ke KM yang seterusnya tu rasa macam jauh plak. Namun, akan ku gagahi juga demi meneruskan sebuah impian. Sepanjang trail ni korang akan jumpak macam-macam jenis flora dan fauna. Buah berries pun ade. Ade sungai. Ade air terjun. Semakin tinggi kitorang naik, bleh rase udara makin menipis. Tapi menyegarkan. Tak rase letih sangat. Ade satu area tu, tetiba angin bertiup agak kuat. Awan pun tetiba datang. Bleh rase pegang awan, macam basah je tangan. Haha... Alhamdulillah la, sepanjang pendakian kitorang tu, cuaca memang sangat baik. Aku risau jugak kalau-kalau hujan. Sure akan melambatkan perjalanan kitorang nanti. Jalan punye jalan sampai la kitorang kat persimpangan antara laluan Timpohon ngan Mesilau. Bila sampai sini barulah nampak ramai pendaki-pendaki yang lain. Masa kat Mesilau trail tadi, aku ngan grup aku jer 5 orang kami. Kami ni agak kehadapan. Ahli-ahli yang lain agak kebelakang. 



Hihi... Bila dah ramai orang ni, laluan pun agak busy la, dah ler sempit. Pastu korang boley tengok orang-orang tempatan ni dok pinggul barang-barang keperluan dan bahan binaan. Tong ayaq yg sebesaq alam, bumbung zinc, tong gas... Errrkkkk...!!! Kuat giler dorang ni... Siap boley lari-lari lagi. Sian jugak kat dorang, cari rezeki. Dalam otak aku sekarang ni nak cepat sampai ke check point jer. Kalau lagi lambat aku bergerak, lagi letih aku rase nanti. Ni pun dah mula rase keletihan. Kat sini kami dah mula terpisah. Masing-masing ikut tempo masing-masing. No rush. Lebih kurang dalam 1km lagi nak sampai check point, korang akan melalui satu kawasan ang sangat cantik. Macam dalam fairy tales. Ade pokok-pokok renek. Memang pemandangan yang sangat lain. Pastu korang boley nampak puncak Kinabalu yang masih jauh untuk dicapai. 





























Aku terus melangkah. Laluan mendaki semakin curam. Aku dah boley nampak bumbung check point. Arrgghhhh...!!! Sikit jer lagi ni. Selangkah demi selangkah, akhirnya... Yesssss....!!! Aku dah sampai kat check point Laban Rata...!!! Actually aku la the first person in our group yang sampai kat sini. Time masa tu lebih kurang pukul 3 petang. Fuhhhhh... Lega... At least aku dah berjaya mengharungi lebih dari separuh perjalanan untuk menawan puncak Kinabalu. Rasa puas tu ada, tapi aku masih ada tugas yang belum selesai. Sementara tunggu yang lain-lain sampai, aku rest la kejap. Tak lama lepas tu sorang demi sorang geng aku yg 5 orang tadi sampai. Kami pun pi la check in hostel dulu sebab kalau nak tunggu yang lain-lain sampai sure lambat lagi ni. At least dapat la rest dalam bilik dulu. 











Memang lega sangat bila dapat baring atas tilam... Lenguh siot kaki aku... Ni kalau baring bleh telena ni... Memang pun... Hihi... Tapi lena kejap jer la. Pastu dorang ajak gi bawah. Dah boley dinner dah, ala buffet style. Lapo la jugak time tu. The food, okay la, boley la alas perut. Kite pun paham nak bawak makanan naik atas ni bukannye senang. Ramai jugak pendaki actually, mostly foreigners la yang aku nampak. Yang dah tua-tua pun ramai. Dah kenyang makan tu, kitorang dok kat luar jap... Pergghhhh...!!! punye la sejuk, nak pulak bila angin tiup. Bila tgk kat thermometer, the reading was about 5 degree celsius... No wonder la... Tu baru petang tu... Pastu kitorang naik la bilik. 








Subhanallah...
MasyaAllah...

Dari tingkap bilik, aku dapat menikmati suatu pemandangan yang aman cantik... Pemandangan waktu senja dengan mega-mega di hujung sana... Cantik sangat. Awan pun nampak kat bawah jer. Dalam dok menikmati waktu senja di Laban Rata tu, aku pun nampak la ahli-ahli ekspedisi yang lain pun sampai. Lewat jugak la dorang sampai. Tapi aku respek jugak kat dorang sebab walaupun ramai yang dah veteran tapi semangat ngan tenaga dorang silap-silap kalah orang muda. Aku sambung la dengan aktiviti rest aku. Oppss... Telupa plak nak solat. Bila pi bilik air, perrgghhhh... Sejuk giler air siot....!!! Macam ais jerrrr..!!! Boley beku siot...!!! Heater memang takde la. Ni memang kompom tak mandi punye la.... !!! Hahahaha...!!! Setakat amik wudhuk, basuk gigi tu takpe, still boley tahan lagi. Nak basuh buang air pun... Korang pikir sniri la... Hahahaha..!!! Lepas solat aku sambung rest balik, sembang-sembang pasal pendakian tadi. Sambil tu bleh la urut-urut kaki, nak ilangkan tegang urat. Memang sakit jugak la lutut aku. Dah ler aku memang ade masalah lutut. Hopefully tak serius la dan aku boley terus meneruskan perjuangan aku yang belum selesai lagi ni.  Sedar tak sedar, aku pun dah telelap... Zzzzzzzzz.....


Having our dinner...
Our dormitory... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan