DAY 1 ~ 24.10.2017
I am back..!!! Well, dah agak lama tak update my Blog ni. Bukan ape, busy
sket sejak dua menjak ni. Hihi… OK la, to cut it short, trip kitorang kali ni
adalah ke Chiang Rai dan Chiang Mai, Thailand. Macam, biasa la, kitorang
planning untuk every trip memang agak lama sebab beli time tiket murah AirAsia
promo free seat tu. Every itinerary has been done dan disusun mengikut
keperluan kitorang. Kali ni kitorang takde amik guide. Kitorang dah book untuk
sewa kereta kat sana nanti. First time drive sendiri while vacationing. Hihi…
Aku gerak ke KLIA naik ETS. Semua gerak sendiri-sendiri and jumpe di KLIA2 jer
nanti. Flight awal pagi, ETS sampai KL Sentral around 1 pagi. Airport shuttle
bus dari KL Sentral ni banyak, so tak perlu risau la. Aku naik bas ke KLIA2 dalam
kol 3.30 pagi dan lebih kurang 45 minit sampai la. My friend dah ada yang
sampai.
Sementara nak tunggu check-in, kitorang lepak-lepak la kejap kat situ.
Mengantuk la jugak… Awal giler kot… Suprisingly, memang agak ramai penumpang
yang satu flight ngan kitorang ni. Full jugak la. Around 6.35 pagi, gate pun
dibuka. Aku ingat nak tido je kat dalam flight nanti… Zzzzzzzzz…
Dari KLIA2 ke Chiang Mai International Airport ni mengambil masa dalam 2
jam 45 minit. Cuaca masa kitorang sampai agak lembab. Baru lepas hujan kot.
Sampai je kitorang beli local sim card dulu (senang nak contact apa-apa nanti,
nak guna internet data, Google Map, nak update status… Hihi…). Harga about
300THB, lebih kurang RM40. Orang yang nak sewakan kereta tu pun dah call aku.
Kitorang memang dah set untuk amik kereta kat airport. Senang sikit. Untuk
makluman, kitorang book kereta ni dengan Chiang Mai Wheels. 🚗 Takde charge
apa-apa pun untuk booking. Dah amik kereta baru bayar. Rate untuk satu hari
990THB. Rate ni adalah untuk kereta Nissan March yang sederhana besar. Kitorang pun 3 orang jer, so lebih daripada muat. 😄 Kitorang book untuk 3 hari setengah. Up to us kat mana nak pick up ngan
hantar kete tu whether kat airport ke, kat hotel ke, ikut korang la.
Dah setel hal kereta, kitorang pun memulakan la perjalanan untuk trip kali
ni. Tempat pertama yang kitorang pegi is Mae Taeng Elephant Park. Tak jauh
sangat dari bandaraya Chiang Mai ni. Less than one hour dah boleh sampai. Cuaca
agak mendung, sesekali ade la hujan jugak tapi tak la lebat. Dengan bantuan
Google Map, kitorang pun berjaya sampai. For information, actually banyak
elephant parks kat area-area sini tetapi setelah dibuat pencarian, rujukan dan
dari feedbacks, Mae Taeng Elephant Park ni adalah the most recommended. Ada
beberapa pakej yang korang boleh ambil. Ada show gajah, boleh ride gajah dengan
lembu, boleh berakit kat sungai and also ada pakej sekali dengan halal buffet
lunch. Kitorang amik pakej show ngan lunch jer sebab tak boleh nak naik rakit…
Baru lepas hujan so arus sungai tu memang kuat la… Bahaya kalau nak berakit.
Agak kecewa di situ… Huhu… Tapi nak buat camne kan, redho je lahhh... Time tu
memang ngam-ngam jer ngan show nak bermula. Korang akan tengok gajah tu main
bola sepak, bola keranjang, menari dan yang paling best dorang melukis
siottt...!!! Memang cantik la dorang lukis. Kalau tak tau, memang kita akan
ingat yang orang yang lukis. Lukisan tu korang boleh beli nanti. Aku tak sure
plak brape rege nyer. Then macam biase la, sessi selfie dengan gajah. Korang
boleh la derma sket kat gajah tu sebelum selfie. Dah habis selfie tu, kitorang
pun pi la isi perut. Not bad gak la buffet dia. Banyak jugak menu. Halal dengan non halal dorang
asingkan so you don’t have to worry...
Abis makan kitorang meneruskan perjalanan ke next destination which is Baan
Tong Luang Cultural Village. Tak jauh sangat dari Elephant Camp tapi jalan nak
ke sana kena masuk dalam sikit. Cuaca masih lagi mendung dan kadang-kadang
hujan renyai. Masa sampai pun ade ujan lagi sikit-sikit. Nasib baik masuk dalam
jer dah stop. Kawasan ni actually the real village of some of the tribes yang
ade kat Thailand ni. Tapi yang paling famous yang leher panjang tu la.
Alaaaa... Yang dorang pakai gelang kat leher dorang tu untuk bagi panjang.
Bukan kat leher jer dorang pakai, kat kaki pun sama. Korang boleh tengok dorang
buat baju tradisional, peralatan perhiasan dan cara hidup seharian diorang.
Diorang
ni peramah-peramah jer so jangan takut kalau nak tegur-tegur diorang. Buat baik
dibalas baik. Hihi... Barang-barang yang diorang buat tu diorang jual jugak as
souvenir. Ada jugak sawah padi kat dalam ni sebab diorang pun keje tanam padi
gak. Ade kolam ikan, ade cafe. Yang lawaknyer (kesian pun ade) masa kat sawah
padi tu, ade satu couple ni (tengok macam Korean) tengah dok posing-posing amik
gambar. Skali boyfriend dia terjatuh masuk dalam sawah tu. Kotor abih. So
korang, masa dok busy amik gambar tu berhati-hati la yer... Hihi...
Rase macam penah tengok muke makcik ni dalam buku teks Geografi ler... 😅 |
Dah abih pusing-pusing kat situ, barulah kitorang pegi bandar Chiang Mai
untuk check-in hotel. Sepanjang perjalanan tu memang banyak orang jual
buah-buah dan ayaq nyoq. Kitorang pun try la jugak ayaq nyoq depa rasa lagu mana.
Driving in the city center not that bad la. Memang jam tapi tolerable lagi la
asalkan jangan time peak hours. Hotel yang kitorang duduk ni nama dia SoHostel.
Kitorang pilih stay sini sebab dekat dengan night market and eatery. Tapi kalau
korang ade bajet lebih, bleh jer stay kat 4,5 stars hotel along this street
gak. Tempat kitorang stay ni ade kitchen untuk korang masak sebab konsep die
macam untuk backpackers. Quite nice and unique decorations. Cumanya kalau
korang drive macam kitorang, tempat parking memang tak disediakan but luckily
kat depan hotel ni ade temple yang boleh guna parking die. Sampai bilik,
kitorang rilex-rilex jap. Then freshen up and ready to find our dinner for
tonight and also untuk recce barang-barang kat night market. Jalan kaki jer
sebab memang dekat. Kitorang dinner kat Hilal Street, antara kawasan yang
famous untuk makanan halal dan masjid pun ade kat sini. Besar jugak la masjid dia since area ni merupakan tempat tumpuan orang Muslim untuk buat aktiviti. Ade few restaurants yang korang bleh pilih. Kitorang decide untuk makan kat Sophia Restaurant.
Dah kenyang, kitorang pun straight to the night market. Memang sepanjang jalan penuh dengan penjual. Jalan punya jalan skali hujan daaa... Dalam dok cari tempat berlindung, skali terjumpa dengan another night market area yang berbumbung which was quite big. Kat sini lagi banyak choices and of course have to brgain to get best price. Selain barang-barang souvenir such as t-shirt, bag, keychain, fridge magnet dan yang sewaktu dengannya, foods pun banyak dijual di sini. Oh yer, bagi korang yang dok collect Hard Rock punye merchandise, kat sini pun ade HRC. Memang area night market ni aje. Kitorang takde la beli lagi sebab nanti ade masa lagi kat sini. Cuma beli makanan takut lapo nanti. Dah ujan berenti tu kitorang pun jalan balik ke hotel semula. Dah letih, so ape lagi... Zzzzzzzzzzz... 😴 End of day one...
Dah kenyang, kitorang pun straight to the night market. Memang sepanjang jalan penuh dengan penjual. Jalan punya jalan skali hujan daaa... Dalam dok cari tempat berlindung, skali terjumpa dengan another night market area yang berbumbung which was quite big. Kat sini lagi banyak choices and of course have to brgain to get best price. Selain barang-barang souvenir such as t-shirt, bag, keychain, fridge magnet dan yang sewaktu dengannya, foods pun banyak dijual di sini. Oh yer, bagi korang yang dok collect Hard Rock punye merchandise, kat sini pun ade HRC. Memang area night market ni aje. Kitorang takde la beli lagi sebab nanti ade masa lagi kat sini. Cuma beli makanan takut lapo nanti. Dah ujan berenti tu kitorang pun jalan balik ke hotel semula. Dah letih, so ape lagi... Zzzzzzzzzzz... 😴 End of day one...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan