Chiang Mai Day 3

DAY 3 ~ 26.10.2017
Day 1 . Day 2 . Day 4 . Day 5     🏠 Home


After having breakfast at the hotel, kitorang pun start bergerak. Aktiviti hari ni adalah ke Golden Triangle (Sob Ruak). Ianya dipanggil sebegitu sebab ianya merupakan sempadan untuk tiga buah negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Sempadannya adalah sungai Mekong. Perjalanan nak ke sana mengambil masa dalam 1 jam setengah ke dua jam. Owhhh... Actually timing kitorang datang ni adalah kebetulan time upacara pengebumian kemangkatan raja diorang iaitu King Bhumipol Adulyadej. So, seperti yang kita tahu, orang-orang Thailand ni sangat-sangat la menyanjungi dan menyayangi raja diorang so tempoh berkabung tu memang agak lama. Dan kebetulan jugak hari ni hari last sebelum mayatnya dikebumikan. Memang semua kedai tutup, jalanraya lengang sebab tiada sebarang aktiviti luar yang dibenarkan dibuat hari ni bagi menghormati majlis. Kitorang agak risau la jugak sebab nanti dah sampai kat Golden Triangle nanti, sekali semua kedai tutup. Huhu... Tapi kitorang redah jer, kalau ade, ade la.
Dah sampai kat Golden Triangle tu, Alhamdulillah, tour operator dan kedai-kedai masih bukak. So after beli tiket dan urusan passport (sebab nak menyeberang ke negara Laos so kena follow rules diorang) kitorang pun turun ke jeti untuk naik bot. Cuaca mendung jer baru lepas hujan, so, bila tengok air Sungai Mekong tu macam agak mengerikan jugak la. Hahaha... Sungai Mekong ni agak lebar jugak dan arus dia pun agak deras, so agak cuak jugak la. Dah sampai kat seberang, kena bayar tiket lagi untuk masuk. Tempat ni nama dia Donxao Island. Ni dah masuk negara Laos la ni. Takde ape sangat pun kat sini. Masa kitorang sampai pun tempat ni sedang di renovate. Diorang dah buat gerai-gerai jualan souvenir yang lebih selesa. Sebelum ni tengok dalam Google diorang meniaga just khemah-khemah jer. Banyak la jugak kedai-kedai kat sini. Dah abih amik gamba dan beli souvenir, kitorang pun balik semula ke jeti Golden Triangle.













Destinasi kitorang yang seterusnya adalah Mae Sai. Mae Sai ini adalah sebuah bandar yang terletak di sempadan di antara negara Thailand dan Myanmar. Dari Golden Triangle nak ke sini, mengambil masa dalam setengah jam jer. Besar jugak la bandar dia. Macam yang aku bagitau tadi, hari ni kan hari pengebumian King Bhumipol so, memang banyak la kedai tutup. Suasana kat sini lebih kurang macam kat Padang Besar tu tapi 2,3 kali ganda lebih besar dan meriah. Memang banyak giler kedai. Kalau nak masuk setiap kedai memang tak cukup la sehari. Macam-macam jenis benda ada jual, but mostly benda makan, pakaian, mainan ngan electronic stuffs. Kitorang ade la beli benda-benda jajan ngan buah-buah. Tak macam kat Golden Triangle, kalau korang nak menyeberang ke sebelah negara Myanmar korang kena ada visa dulu. Kitorang tak bercadang pun nak masuk so jalan-jalan kat border je la.




Dah abis pusing-pusing kat Mae Sai, kitorang pun bergerak balik semula ke Chiang Rai. Tapi kitorang tak guna jalan yang sama masa datang tadi sebab nak singgah kat satu tempat ni. Nama tempat tu Choui Fong Tea Plantation. Ladang teh ni merupakan ladang teh yang terbesar di Chiang Rai. View kat sini memang cantik. Memang sesuai sangat kepada yang suka amik gambar. Kitorang tak lepaskan peluang untuk merasa teh yang dijual kat cafe kat sini. Bukan setakat teh jer, kek and other dessert pun ade. Nak beli bawak balik daun teh pun ade. Dah puas posing-posing kat sini, kitorang pun menersukan perjalanan pulang ke hotel. Kitorang plan nak masak malam ni since kedai makan semua tutup. Malang sungguh nasib kitorang, market, hypermarket ngan supermarket semua pun tutup... Hahaha...!!! So, malam tu kitorang makan jer la ape yg ada...















Tiada ulasan:

Catat Ulasan