The Driven Chiang Mai & Chiang Rai




DAY 1 ~ 24.10.2017
Day 2 . Day 3 . Day 4 . Day 5     🏠 Home

I am back..!!! Well, dah agak lama tak update my Blog ni. Bukan ape, busy sket sejak dua menjak ni. Hihi… OK la, to cut it short, trip kitorang kali ni adalah ke Chiang Rai dan Chiang Mai, Thailand. Macam, biasa la, kitorang planning untuk every trip memang agak lama sebab beli time tiket murah AirAsia promo free seat tu. Every itinerary has been done dan disusun mengikut keperluan kitorang. Kali ni kitorang takde amik guide. Kitorang dah book untuk sewa kereta kat sana nanti. First time drive sendiri while vacationing. Hihi… Aku gerak ke KLIA naik ETS. Semua gerak sendiri-sendiri and jumpe di KLIA2 jer nanti. Flight awal pagi, ETS sampai KL Sentral around 1 pagi. Airport shuttle bus dari KL Sentral ni banyak, so tak perlu risau la. Aku naik bas ke KLIA2 dalam kol 3.30 pagi dan lebih kurang 45 minit sampai la. My friend dah ada yang sampai.
Sementara nak tunggu check-in, kitorang lepak-lepak la kejap kat situ. Mengantuk la jugak… Awal giler kot… Suprisingly, memang agak ramai penumpang yang satu flight ngan kitorang ni. Full jugak la. Around 6.35 pagi, gate pun dibuka. Aku ingat nak tido je kat dalam flight nanti… Zzzzzzzzz…




Dari KLIA2 ke Chiang Mai International Airport ni mengambil masa dalam 2 jam 45 minit. Cuaca masa kitorang sampai agak lembab. Baru lepas hujan kot. Sampai je kitorang beli local sim card dulu (senang nak contact apa-apa nanti, nak guna internet data, Google Map, nak update status… Hihi…). Harga about 300THB, lebih kurang RM40. Orang yang nak sewakan kereta tu pun dah call aku. Kitorang memang dah set untuk amik kereta kat airport. Senang sikit. Untuk makluman, kitorang book kereta ni dengan Chiang Mai Wheels. 🚗 Takde charge apa-apa pun untuk booking. Dah amik kereta baru bayar. Rate untuk satu hari 990THB. Rate ni adalah untuk kereta Nissan March yang sederhana besar. Kitorang pun 3 orang jer, so lebih daripada muat. 😄 Kitorang book untuk 3 hari setengah. Up to us kat mana nak pick up ngan hantar kete tu whether kat airport ke, kat hotel ke, ikut korang la.

Dah setel hal kereta, kitorang pun memulakan la perjalanan untuk trip kali ni. Tempat pertama yang kitorang pegi is Mae Taeng Elephant Park. Tak jauh sangat dari bandaraya Chiang Mai ni. Less than one hour dah boleh sampai. Cuaca agak mendung, sesekali ade la hujan jugak tapi tak la lebat. Dengan bantuan Google Map, kitorang pun berjaya sampai. For information, actually banyak elephant parks kat area-area sini tetapi setelah dibuat pencarian, rujukan dan dari feedbacks, Mae Taeng Elephant Park ni adalah the most recommended. Ada beberapa pakej yang korang boleh ambil. Ada show gajah, boleh ride gajah dengan lembu, boleh berakit kat sungai and also ada pakej sekali dengan halal buffet lunch. Kitorang amik pakej show ngan lunch jer sebab tak boleh nak naik rakit… Baru lepas hujan so arus sungai tu memang kuat la… Bahaya kalau nak berakit. Agak kecewa di situ… Huhu… Tapi nak buat camne kan, redho je lahhh... Time tu memang ngam-ngam jer ngan show nak bermula. Korang akan tengok gajah tu main bola sepak, bola keranjang, menari dan yang paling best dorang melukis siottt...!!! Memang cantik la dorang lukis. Kalau tak tau, memang kita akan ingat yang orang yang lukis. Lukisan tu korang boleh beli nanti. Aku tak sure plak brape rege nyer. Then macam biase la, sessi selfie dengan gajah. Korang boleh la derma sket kat gajah tu sebelum selfie. Dah habis selfie tu, kitorang pun pi la isi perut. Not bad gak la buffet dia. Banyak jugak menu. Halal dengan non halal dorang asingkan so you don’t have to worry...









Abis makan kitorang meneruskan perjalanan ke next destination which is Baan Tong Luang Cultural Village. Tak jauh sangat dari Elephant Camp tapi jalan nak ke sana kena masuk dalam sikit. Cuaca masih lagi mendung dan kadang-kadang hujan renyai. Masa sampai pun ade ujan lagi sikit-sikit. Nasib baik masuk dalam jer dah stop. Kawasan ni actually the real village of some of the tribes yang ade kat Thailand ni. Tapi yang paling famous yang leher panjang tu la. Alaaaa... Yang dorang pakai gelang kat leher dorang tu untuk bagi panjang. Bukan kat leher jer dorang pakai, kat kaki pun sama. Korang boleh tengok dorang buat baju tradisional, peralatan perhiasan dan cara hidup seharian diorang.







Diorang ni peramah-peramah jer so jangan takut kalau nak tegur-tegur diorang. Buat baik dibalas baik. Hihi... Barang-barang yang diorang buat tu diorang jual jugak as souvenir. Ada jugak sawah padi kat dalam ni sebab diorang pun keje tanam padi gak. Ade kolam ikan, ade cafe. Yang lawaknyer (kesian pun ade) masa kat sawah padi tu, ade satu couple ni (tengok macam Korean) tengah dok posing-posing amik gambar. Skali boyfriend dia terjatuh masuk dalam sawah tu. Kotor abih. So korang, masa dok busy amik gambar tu berhati-hati la yer... Hihi...





Rase macam penah tengok muke makcik ni dalam buku teks Geografi ler... 😅





Dah abih pusing-pusing kat situ, barulah kitorang pegi bandar Chiang Mai untuk check-in hotel. Sepanjang perjalanan tu memang banyak orang jual buah-buah dan ayaq nyoq. Kitorang pun try la jugak ayaq nyoq depa rasa lagu mana. Driving in the city center not that bad la. Memang jam tapi tolerable lagi la asalkan jangan time peak hours. Hotel yang kitorang duduk ni nama dia SoHostel. Kitorang pilih stay sini sebab dekat dengan night market and eatery. Tapi kalau korang ade bajet lebih, bleh jer stay kat 4,5 stars hotel along this street gak. Tempat kitorang stay ni ade kitchen untuk korang masak sebab konsep die macam untuk backpackers. Quite nice and unique decorations. Cumanya kalau korang drive macam kitorang, tempat parking memang tak disediakan but luckily kat depan hotel ni ade temple yang boleh guna parking die. Sampai bilik, kitorang rilex-rilex jap. Then freshen up and ready to find our dinner for tonight and also untuk recce barang-barang kat night market. Jalan kaki jer sebab memang dekat. Kitorang dinner kat Hilal Street, antara kawasan yang famous untuk makanan halal dan masjid pun ade kat sini. Besar jugak la masjid dia since area ni merupakan tempat tumpuan orang Muslim untuk buat aktiviti. Ade few restaurants yang korang bleh pilih. Kitorang decide untuk makan kat Sophia Restaurant.
Dah kenyang, kitorang pun straight to the night market. Memang sepanjang jalan penuh dengan penjual. Jalan punya jalan skali hujan daaa... Dalam dok cari tempat berlindung, skali terjumpa dengan another night market area yang berbumbung which was quite big. Kat sini lagi banyak choices and of course have to brgain to get best price. Selain barang-barang souvenir such as t-shirt, bag, keychain, fridge magnet dan yang sewaktu dengannya, foods pun banyak dijual di sini. Oh yer, bagi korang yang dok collect Hard Rock punye merchandise, kat sini pun ade HRC. Memang area night market ni aje. Kitorang takde la beli lagi sebab nanti ade masa lagi kat sini. Cuma beli makanan takut lapo nanti. Dah ujan berenti tu kitorang pun jalan balik ke hotel semula. Dah letih, so ape lagi... Zzzzzzzzzzz... 😴 End of day one...



Jogja Journey

DAY 1 ~ 20.05.2015
Day 2 (kat bawah) . Day 3 . Day 4 . Day 5     🏠 Home
(click image untuk paparan album lebih besar)

Bye bye KLIA2...
Korang ingat lagi tak trip kitorang ke Jogjakarta yang terpaksa di cancel dulu disebabkan oleh letusan gunung berapi dan melencongkan trip tu ke Bali? Haaaaa... Kali ni kitorang qada balik trip tu. Hihihi... Macam biasa la, flight kitorang mesti la dari Penang. Flight dari KLIA2 ke Jogjakarta lebih kurang jam 2.30 petang. Flight mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Masa kitorang sampai kat Adisucipto International Airport dah nak gelap dah pun. Kitorang punye guide dah siap sedia tunggu dah. Kali ni driver lain, guide lain plak. Cewek lagi tau. Hihihi... sebab dah agak lewat, so kitorang pun terus la menuju ke hotel yang berdekatan dengan kompleks candi Borobudur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak la. On the way tu kitorang singgah makan malam dulu. Masakan padang. Janji kenyang. Hotel yang kitorang stay ni memang sempoi angat. Ada 3 bilik jer. Tapi memang cute dan unik. Actually memula kitorang plan nak stay kat Manohara Hotel sebab kat sini jer ada pakej tengok sunrise dari Borobudur. Tapi bila pikir-pikir balik, macam tak berbaloi jer sebab beza harga kalau stay kat tempat lain memang sangat banyak. At least boleh la la guna duit tu untuk benda lain. So, tukar plan. Dapat merebahkan badan dan tido memang enak banget. Begitulah berakhirnya hari pertama... Hihi...


DAY 2 ~ 21.05.2015

Hotel cute ni walaupun kecik, tapi ada sediakan breakfast tau. Nasi goreng dia nampak macam biasa-biasa jer tapi rasa memang agak sedap. Dah kenyang, kitorang terus check out dan seterusnya menuju ke Kompleks Candi Borobudur. Dekat jer pun. Disebabkan time ni musim cuti sekolah kat sini, maka banyaklah budak-budak sekolah yang buat lawatan. Kompleks candi ni adalah antara yang terbesar dan tertua. Kerja-kerja baikpulih arkeologinya memang mengambil masa yang panjang memandangkan strukturnya yang kompleks. Sepanjang kitorang memusing dan memanjat, akak guide kitorang pun bercerita la mengenai ukiran lukisan yang terdapat di dinding candi ni. Pasal kerajaan, pasal dosa, pasal fitnah, macam-macam lagi la. Candi ni bertingkat so korang kena la memanjat. 


Dalam setiap stupa tu pulak ada ukiran patung. Kerja konservasi memang dijalankan setiap masa agar ianya terpelihara. Kompleks ini juga telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage Site. Kawasan ni sangat luas sebenarnya, so kalau nak tour seluruh kawasan memang tak larat la. Sepanjang berjalan nak kembali ke tempat parking tu memang korang akan diserbu secara agak agresif oleh makcik-makcik yang menjual souvinir. Kitorang memang tak bercadang nak beli pun so bagitau dengan polite je la. 




Next destination ialah ke Kompleks Candi Arjuna. Agak jauh jugak la, amik masa dalam 2 jam lebih. Kawasan ni pun kawasan tanah tinggi. Dingin jer walaupun panas. Kompleks candi ni tak la sebesar Borobudur disebabkan banyak monumen yang tidak dapat dibina semula. Kagum jugak la sebab dorang boleh bina kat kawasan tanah tinggi camni. Dari sini, kitorang ke Kawah Sikidang plak. Dekat jer, dalam 15 minit jer. Kawah ni mengeluarkan stim. Masa mula nak masuk kawasan ni rasa macam dalam filem seram plak. Ala... yang ada asap-asap tu... Asap dari stim tu la. Menggelak la air dan selut kat dalam kawah tu. Dah posing-posing kat situ, kitorang move to Telaga Warna Dieng plak. 



               

Korang nampak tak kaler air tasik tu?









Dikatakan air tasik ni berubah-rubah warna. Ye la kot... Tapi aku nampak kaler hijau jer. Hihihi... Takde mende sangat la kat sini. Nak rehatkan otak boleh la kot... After that, kitorang pun meneruskan perjalanan balik semula ke kota Jogjakarta. Perjalanan mengambil masa lebih dari 3 jam (macet lagi...). Kitorang check in hotel yang berdekatan dengan Jalan Malioboro. Nama hotel tu Grage Ramayana Hotel. Very nice hotel. Dekat dengan Malioboro Mall plak tu. Dah bersihkan diri, kitorang kuar dinner dan jalan-jalan cuci mata dulu. Memang happening malam kat sini walaupun weekdays. Sepanjang jalan penuh ngan orang (dan kuda. Hihi...). Dah letih jalan, kitorang balik bilik dan zzzzzzzzz...

Surabaya Super

DAY 0 & 1 ~ 05.03.2015
Day 2 . Day 3 . Day 4 . Day 5     🏠 Home
(click image untuk paparan album lebih besar)

Okay… Dah lama aku tak update blog aku ni. Nak wat camne, tuntutan kerjaya… Hahaha… (sangatttt…!!!) Actually trip kali ni dah berlangsung tahun lepas lagi dah. Destinasi kitorang kali ni masih lagi di Indonesia. To be exact, SURABAYA. Surabaya ni terletak di bahagian timur Pulau Jawa. Flight kitorang dari KLIA2 pagi, (takde la awal sangat) tapi disebabkan kitorang dari Penang, so kene la amik flight paling lewat (tengah malam) hari sebelumnya tu sebab flight terawal dari Penang tak sempat nak catch up flight kitorang ke Surabaya tu. Terpaksa la kitorang bermalam di KLIA2. Hihi... 

Bye bye Penang...

Terasa macam pelancong betol. Memang ramai orang yang overnite kat KLIA2 ni. Memang tak selesa sangat la nak tido pun. Tido-tido ayam jer. After dah breakfast, kitorang pun menuju ke counter check-in bila tiba waktunya. Cuaca Alhamdulillah baik. Lebih kurang 2 jam lebih penerbangan, kitorang pun sampai la di Juanda International Airport, Surabaya. Beso la jugak airport die. Airport baru. Sebelum datang sini, kitorang dah pun buat arrangement dengan orang tour guide kat sini. So, masa nak keluar kat ruang menunggu tu, ade la guide-guide yang pegang sepanduk nama-nama orang. Ni baru la pelancong. Haha... guide kitorang ni namanya Pak Wong. Sebenornye, die ni orang Malaysia gak. Orang Penang lagi, tapi dah lama dok kat Surabaya ni atas urusan bisnes. Walaupun dia ni chinese, tapi cakap melayu memang fasih sungguh. Selepas dah sembang-sembang dan brief apa yang nak dibuat untuk hari ni, dia pun serahkan kitorang kat staf dia. Yelah, dia kan boss. Takkan dia plak yang nak bawak kitorang. Untuk hari pertama ni, kitorang akan terus menuju ke Gunung Bromo. Masa nak mulakan perjalanan tu, boleh pulak handphone aku buat hal masa nak tuko simcard sana. Tak boleh nak on terus...!!! Aarrggghhhhh...!!! Tension siot. Tapi nak wat camne. Kitorang pun teruskan la perjalanan dengan Avanza. Kitorang diberitahu perjalanan ke Gunung Bromo ni memang agak jauh dan jalan dia boleh tahan mencabar... Tawakal je lah. 

Lapindo


On the way tu kitorang singgah kat Lapindo. Lapindo ni dulunya adalah sebuah perkampungan tetapi akibat dari berlakunya kejadian banjir selut panas, habis kawasan kampung ni ditimbusi dengan selut tu. Kesian la jugak tengok... Memang habis terus... Korang boleh tengok kesan-kesan dari musibah ni. Dah abis amik gambar, kitorang pun meneruskan perjalanan. Driver tu singgah kat satu kedai menjual barangan kulit. Dia kata memang murah harga kat sini. Mula ingat tak nak beli apa-apa lagi tapi terjebak jugak. Haha... Tapi takde la beli ape sangat pun. Aku beli sandal jer. Hari semakin petang dan cuaca semakin gelap. Memang jalan die macam ular kena palu. Seb baik la view cantik so takde la rasa pening sangat. Di lereng-lereng bukit tu memang penuh dengan tanaman sayur. Tak pasang aircond pun nyaman je rase. 

Durian serigala jadian... Hihi...


Sebelum sampai tu, kitorang nampak ada gerai-gerai tepi jalan yang menjual buah-buahan, termasuk la durian. So... we all decided to try rasa durian kat sini. Eeemmmm... Pendapat peribadi aku, durian Malaysia jauh lebih sedap... Hihihi... After lebih kurang 4, 5 jam, campur dengan jam lagi, sampai la kitorang kat Hotel Bromo Permai 1. Hotel ni is the best hotel kalau nak buat aktiviti kat Bromo ni. Lepas check in hotel, kitorang jalan-jalan la kat sekitar hotel ni sementara tunggu nak dinner. Memang cantik view. Tak sabar nak tunggu aktiviti besok. Kat sini ramai budak-budak dok jual muffler. Ye lah, memang sejukkkkk siot kat sini. So, baju sejuk or sweater is a must. Snow cap pun sama. Glove pun sama. So, bawak le siap-siap yer kalau tak nak beli kat ini. Dinner kitorang kat restaurant kat hotel ni not bad. Harga pun berpatutan. Lepas jalan-jalan lagi menikmati udara dingin malam, kitorang pun balik ke bilik untuk rest sebab awal-awal pagi nanti dah nak kena bangun...

Mount Kinabalu Climb

Day 1 ~ 01.10.2013
Day 2 . Day 3 . Day 4     🏠 Home
(click image untuk paparan album lebih besar)

OK. Trip aku kali ni agak berlainan sedikit. Kali ni aku ada satu misi untuk dijalankan dan hopefully ianya akan berjaya. Kalau sebelum-sebelum ni aku aku just spend time untuk jalan-jalan menikmati keindahan alam, shopping, tengok tempat-tempat menarik, etc. etc... Tapi kali ini misi aku merupakan antara misi yang paling besar dan mencabar untuk aku tunaikan. Memang ianya merupakan antara impian yang amat-amat nak aku lakukan. Mesti korang tertanya-tanya kan, apa la sangat misi aku tu... Hihihi... Actually, trip aku kali ini adalah untuk menakluki puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu puncak Gunung Kinabalu. Aku memang dah lama pasang angan-angan untuk berada di puncak Gunung Kinabalu. So, bila dapat peluang (thank you so much to Penang Port staffs especially Tuan Izhar Jusoh...!!!) memang aku tak lepaskan la... Untuk makluman, aku sebenornye risau jugak sebab aku memang tak cukup training. Hahaha...!!! Seingat aku la, ade la dalam 2 kali jer aku training panjat bukit. Hihihi... Hopefully aku cukup fit la untuk sampai ke puncak. OK la, dipendekkan crita, perjalanan kami bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Flight ke Kota Kinabalu dalam kol 10 pagi camtu la. Group kami ni ade la 20 lebih orang ahli ekspedisi. Kebanyakannya memang dah berpengalaman. Aku ni jer yang baru beginner. Hahaha...!!! 


While waiting...
Smile... :)

One for the album...
Ada jugak yang sempat snap... :D


Penerbangan mengambil masa dalam 2 jam lebih. Kol 1 tengah ari kitorang pun sampai la KK. Ini merupakan kali kedua aku di KK. Sebelum ni datang jalan-jalan jer. Sampai je kat airport KK chartered van kitorang dah siap tunggu untuk ke destinasi kitorang yang seterusnya iaitu ke Kinabalu Park. On the way ke sane kitorang singgah lunch dulu kat satu pekan kecil ni. Ape tah nama die, aku pun dah lupe. Pekan Telipok kalau tak salah. Yang aku ingat ade supermarket Giant kat situ. Dah kenyang, kitorang stop pulak kat pekan Nabalu. Aku dah penah datang sini dulu. Kat sini ade dijual souvenir untuk dibeli sebagai buah tangan. Aku tak beli ape-ape pun sebab balk nanti boleh singgah lagi. Tapi, yang almost of us beli ialah tongkat rotan, sebab tongkat ni memang sangat diperlukan bila mendaki nanti. Satu yang menarik kat pekan Nabalu ni ialah korang boley tengok dengan jelas Gunung Kinabalu. Magnificent. So huge. Terdetik jugak kat dalam hati waktu tu, mampukah aku sampai ke puncak nanti... Hhmmmm... InsyaAllah aku cuba la yang termampu aku. Dah puas posing-posing kat situ, kitorang pun terus la ke Kinabalu Park sebab nak kene amik permit kebenaran untuk mendaki. Ni pun kali kedua aku datang sini. Sebelum ni dah penah datang, siap hiking lagi kat dalam hutan tu. Hihihi... 





Dah setel semua urusan, kitorang pun terus ke destinasi terakhir hari ni iaitu ke Mesilau Nature Resort. Dekat-dekat area Kundasang jer. Kat sini jugak la nanti kitorang akan memulakan pendakian kitorang. Actually, untuk starting point mendaki ni ade 2, satu Timpohon Gate iaitu kat Kinabalu Park dan juge Mesilau. Bezanya trail Mesilau ni lebih jauh dan lebih mencabar tetapi pemandangan sepanjang pendakian tu mmg fantastic dan korang jugak akan dapat sijil extra kalau guna trail ni. Masa kitorang sampai resort ni dah gelap dah. Dah siap urusan pendaftaran, kitorang pun masuk la bilik. Dah rehat jap, terus kitorang gi dinner dan juga diberi briefing oleh ketua ekspedisi berkaitan dengan program untuk besok hari. Suhu kat sini, bbrrrrrr... Memang agak sejuk jugak la... Nak mandi malam tu pun pikir 2,3 kali jugak la. Dah ler water heater macam tak function sangat. Haha... Tapi aku mandi jugak la. Untuk tak nak tergesa-gesa besok, kitorang pack siap-siap barang keperluan yang nak dibawa naik besok. Yang selebihnya tu boley tinggal ngan kitorang punye tour guide jer. Malam tu masing-masing tido awal sebab besok merupakan hari penting buat kitorang semua. So, rehat mesti cukup... Zzzzzzzzzzzz...

Having our dinner...
Briefing by our group leader