(click image untuk paparan album lebih besar)
Okay. Kali ni destinasi percutian kitorang ke Ho Chi Minh
City, Vietnam plak. Ni pun first time kitorang nak jalan sini. Actually,
percutian ni tak diplan sangat pun. Masa tu Air Asia ade buat tambang murah, so
kitorang pun book je la. Banyak jugak la dugaan dalam minggu terakhir sebelum
nak fly tu. Asalnye kitorang 6 orang tapi last-last minit 2 orang tarik diri la
plak. Ahhhh... tak kisah lah. Yang penting percutian ni tetap berjalan...!!!
Yieehhaaaa...!!!
Flight kitorang awal pagi. Around 8 macam tu la. Macam
biase, naik dari Penang International Airport ke KLIA2. Flight ke Vietnam
tengah ari so kitorang pun breakfast la dulu kat KLIA2 sementara tunggu flight.
Memang lapo pun sebab tak makan ape-ape lagi. Huhu... Dah kenyang kitorang
terus jer check-in. Alhamdulillah... flight kitorang takde ape-ape masalah.
Dalam 2 jam lebih macam tu sampai la kitorang kat Tan Son Nhat International
Airport, Ho Chi Minh City ni. Nak amik cab agak mencabar jugak ler. Dah ler
kena berebut dengan local, kita plak tak boley nak cakap bahasa dorang and
dorang pun tak paham sangat english. Tu blom lagi dengan ulat-ulat yang nak
amik kesempatan. Huhu... Sebelum datang pun kitorang dah buat research tentang
perkhidmatan teksi yang sah dan disarankan untuk digunakan. Dalam banyak-banyak
teksi tu Vinasun la yang paling direkomen dan kitorang pun akhirnya berjaya gak
dapat teksi jenis ni. Hihihi... Dari airport nak ke city center amik masa dalam
30 minit. Memula driver teksi macam tak sure sangat hotel kitorang kat mane.
Kitorang lagi la tak tau. Hahaha... Tapi bila kitorang bagitau dekat
sangat-sangat dengan Ben Thanh Market (thank you Google Map...!!!), dia pun
angguk-angguk la kepala dia. Finally sampai la jugak kitorang kat Red Ruby
Hotel yang memang sebelah jer dengan Ben Thanh Market. After check-in hotel,
kitorang lepak-lepak jap kat bilik. Ilangkan penat sat. Dah ilang penat destinasi
pertama kitorang adalah menuju ke Central Post Office. Tujuan kiorang ke sini
sebab nak beli postcard ngan stamp. Kalau lambat nanti tutup plak. Aktiviti
tulis postcard and then hantar kat member-member ni antara yang populer la
kalau datang kat post office ni. Kitorang jalan kaki jer. Dalam 20 minit jugak
la dari hotel, bergantung kepada kepantasan korang berjalan. Hihihi... Kat
sebelah pejabat pos ni ade satu gereja Cathedral yang dibina masa penjajahan
Perancis dulu. Lawa jugak la senibinanya. Bila tengok cuaca macam tak berapa
nak elok jer (time ni merupakan musim monsun di sini... Huhuhu...) kitorang pun
berangkat pulang. Kitorang singgah Ben Thanh Market untuk survey-survey barang
ngan harga. Peniaga-peniaga kat sini agak agresif jugak la bila nak dapatkan
pelanggan. Siap tarik-tarik lagi. Scary pun ade. Huhu...
Perut time tu memang
dah lapar dah. Ye la, blom lunch pun lagi. So, kitorang pun cari la kedai makan
kat area hotel kitorang tu. Kitorang decide untuk makan kat Serai-Malaysian
Kitchen Restaurant, milik orang Malaysia jugak ni. Memang nak warning korang
siap-siap, harga makanan halal kat sini memang agak mahal sket. Skali makan
dalam RM20++ macam tu la especially kalau korang order nasik. Since ni dinner
pertama kitorang kat sini, so nak la rase local food kan. So kitorang pun order
la viatnamese noodle ngan viatnamese coffee. Perrrgghhhh...!!! Memang terangkat
beb...!!! Sup dia ade rase lain macam sket. Ade rase pedas-pedas, masam-masam
sket. Dorang ade taruk black pepper kot dalam tu. Kopi diorang pun memang
maveles lah... Penggemar kopi mesti suke punye. Perut pun dah kenyang, kitorang
gi jalan-jalan plak kat night market sebelah je ngan Ben Thanh ni. Memang
tiap-tiap malam ade night market ni. Bila compare harga, memang murah lagi dari
Ben Thanh tapi korang kena gunakan segala skill tawar-menawar yang korang ade. Oh,
lupe plak nak bagitau. Kat sini matawang yang digunakan adalah Vietnam Dong,
tapi US Dollar pun digunakan secara meluas. Jangan risau, Ringgit Malaysia pun
dorang trima gak. Dorang ni memang dah terer cakap melayu. Ye lah, mane taknye,
sepanjang dok bejalan tu, boley dikatakan orang Malaysia la yang paling ramai.
Hahaha...!!! Kitorang blom start shopping lagi. Just survey-survey jer dulu
since hotel kitorang kat sebelah jer. Bile-bile mase nak pegi beli pun boley.
Dah letih jalan-jalan kitorang pun balik bilik untuk ngorokkk...
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan