Huarrgghhhhhh...!!! Cepat giler cerah kat sini... Rase macam kejap sangat plak tido. Hihi... Semalam dah discuss ngan kitorang punye guide untuk program ari ni. Pakcik tu soh tunggu kat bawah dalam kol 8 macam tu. Kitorang siap-siap turun dah dok tunggu dia. Pakcik ni orang melayu champa so senang la nak communicate dengan dia sebab dia boley cakap melayu. Cuma slang dia macam slang klate sket la. Janji paham... Hihi... Bile die sampai je, kitorang soh bawak gi breakfast dulu. Pakcik tu bagitau ari ni kitorang akan pi Mekong River Tour dulu. Alamak... Dah la aku pakai baju gelap sebab semalam dia kata nak pegi Cuchi Tunnel dulu. Tak kisah la... OK. Pakcik tu bawak kitorang gi breakfast kat satu kedai Muslim sebelah jer dengan masjid. Aku dah ler pakai short... Errkkkk... Rase macam tak beradab la plak... Huhuhu... Menu kitorang french loaf cicah ngan kari. OK la jugak untuk alas perut. Dah abih makan kitorang pun meneruskan la perjalanan ke sungai Mekong. Ikut highway. Sepanjang perjalanan tu boley la tengok pemandangan sawah padi. Sebijik macam highway kat Kedah. Hihihi...
Kopi Vietnam yang lazat...!!! |
Masjid Jamek Cholon |
Perjalanan nak ke sungai Mekong ni amik masa dalam 3 jam
jugak la.Kalau lena tu kira puas jugak la. Hihihi... Kat sini ade jugak org
jual-jual souvinir such as t-shirt, table runner, beg, dompet, etc... etc...
macam dekat night market tu. And... Harga die memang lagi murah kalau nak
compare dengan kat sane...!!! Kitorang pun ape lagi, borong la ape-ape yang
patut (tapi still beringat ok...!!! Haha...) Again, korang memang kene
bargaining kalau nak dapat the best price. Dah abih shopping, kitorang pun
gerak ke jetty nak pegi Mekong River tour. Barang boley tinggal dulu kat situ
tapi kene ingat la nak amik balik nanti. Tak jauh pun, kat sebelah jer. Hihi...
Bile tengok sungai Mekong tu memang ade sket perasaan takut la sebab memang
luas giler la sungai die, kalau nak compare dengan bot yang kitorang nak naik.
Memule aku ingat nak kene redah sampai ke tengah-tengah sungai tu. Memang cuak
la. Skali lalu kat tepi-tepi jer. Hihi... OK la tu... Bila dah mendarat, pit
stop pertama adalah tempat pembuatan dan pemprosesan madu. Actally, kawasan ni
antara beberapa pulau yang ade kat sungai Mekong ni. Kat sini pengunjung akan
dijamu dengan teh madu. Don’t worry, free jer. Dah termasuk dalam package
cruise ni. Sambil minum-minum tu ade la orang yang akan bagi penerangan pasal
jenis-jenis madu ngan khasiatnya (lawa-lawa siot awek-awek kat sini... Hihi...).
Kalau korang nak beli produk-produk ni pun boley. Lepas minum teh, kitorang gi
kat tempat buat gula-gula ngan sabun dari kelapa. Kat sini pun bleh buat food
tasting. Hihi... Kat sini jugak ade jual souvinir macam kat jetty tu dan harga
die pun lebih kurang jer, bergantung la pada skill bargain korang. Pastu
kitorang dibawa pulak kat dusun buah-buahan. Kat sini dorang jamu pulak
buah-buah yang ade kat situ macam mangga, nenas, mata kucing, ape lagi tah...
Aku pun dah lupe... Masa korang makan nanti ade la gadis-gadis ngan mak gadis
mai buat show nyanyi. Agak kelaka jugak bile dorang nyanyi lagu melayu...
Hihi... Ape pun nice effort and try. Then... Come part yang paling
challenging... Kalau nak balik semula naik bot mase datang tadi, kitorang perlu
menyelusuri parit sempit dengan menaiki sampan kayuh... Kalau tak imbang badan
memang susah ler. Jauh jugak la naik sampan ni. Agak sedih dan sayu jugak bile
tengok makcik-makcik yang kayuh sampan ni... Gigih cari rezeki... Umo dah agak
lanjut dorang ni tapi dek kerana nak meneruskan kelangsungan, terpaksa la jugak
keje. Bile dah kuar dari parit tu and masuk semula ke sungai Mekong tu, another
challenge is awaiting. Nak panjat naik ke dek tu sebelum transfer ke bot. Aku
OK jer tapi bagi sesetengah orang mungkin akan bawak masalah. Hihi... sebelum
balik tu kitorang kasi la tips kat makcik-makcik yang dayung sampan tu. Kesian
kat dorang... Hhmmmm... On the way balik tu kitorang singgah lunch kat satu
restaurant muslim. Kat sini ade jual backpack ori Vietnam mcm Deuter, NorthFace,
etc. dengan harga yang lagi murah dari kat Ho Chi Minh dan kualiti yang lagi
bagus.
Masa dah sampai kat Ho Chi Minh semula, kitorang mintak
pakcik guide tu tolong bawakan ke Binh Tay market. Melalui study yang kitorang
dah buat, harga barang kat sini jauh lebih murah dari Ben Thanh market. Setelah
survey, memang pun, harga dia memang murah. Memang sesuai
sangat kalau sape-sape yang nak beli kain borong. Orang pompuan mesti rambang
mata kalau mai sini. Yang lagi syok tu, kite siap boley tempah buat baju kat
situ lagi. Baju kurung ke, jubah ker, baju melayu ke, seluar slack ker, siap dalam
masa tak sampai 24 jam... Dorang siap gi hantar kat hotel lagi. Delivery
service. Harga memang sangat-sangat berpatutan. Sepasang jubah or baju kurung
siap jahit (termasuk dengan harga kain) tak sampai RM100 pun. Puluh-puluh
ringgit jer. Geng-geng pompuan kitorang ni memang borong sakan la jawabnye.
Hihi... Fuhhhhhh... Bleh tahan jugak la dorang ni borong. Penuh Avanza
siottt...!!!
Dah abih borong, kitorang pun balik hotel semula. Rest la
kejap sebab aktiviti kat sungai Mekong tu agak memenatkan jugak la. Angkat
barang shopping lagi. Hihi. Untuk aktiviti malam, kitorang dah janji ngan
pakcik guide tu untuk amik kitorang kat hotel nanti. Malam ni kitorang pegi
boat cruise kat Mekong River yang kat Ho Chi Minh ni jer. Kali ni naik bot beso
la plak. Macam yang kat Kuching River cruise tu tapi yang ni botnye lagi beso.
Atas bot ni ade sediakan buffet untuk dinner tapi kitorang tak amik la sebab
non halal so kitorang minum jer. Penuh jugak la bot ni. Masa cruise tu pun
korang boley la tengok show. Ade show nyanyi-nyanyi, ade show magic. Perjalanan
pergi dan balik boat cruise ni memakan masa lebih kurang sejam. Pemandangan
bandaraya Ho Chi Minh pada waktu malam dari Sungai Mekong memang mengasyikkan, suatu
sudut pandangan dari cara yang berbeza, dengan lampu-lampu neon menerangi dan
mewarnai malamnnya.. Chewaahhh...!!! Hahaha... Dah abih naik cruise tu, kitorang
pun balik la semula ke hotel... Letih laaaa... Time to Zzzzzzzzzzzzzzz......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan