Hmmmm... Sedapnyerrrrr...!!! |
Pose dulu seblom makan... :) |
Kita wefie dulu... :D |
Kitorang sempat singgah kat satu tempat perusahaan produk perhiasan menggunakan kulit telur. Kebanyakannya lukisan. Ade jugak tulisan-tulisan khat ayat-ayat Al-Quran. Memang unik. Yang lebih touching tu bila kitorang dapat tau yang semua pekerja kat sini adalah OKU... Hhhmmm... Kuat semangat dorang ni. Sebelum dorang boley bekerja, dorang akan diberi training dulu. Semua ditanggung kerajaan. Tapi kalau korang berkeinginan untuk sopping kat sini, sila sediakan sejumlah wang yang agak besar kerana harga kat sini memang agak tinggi... Kitorang pun cuci-cuci mata jer. Hihihi... Dah abih pusing, kitorang pun terus balik ke Ho Chi Minh. Pakcik tu bawak kitorang kat satu tempat shopping tak jauh dengan hotel kitorang. Kat sini kalau nak beli t-shirt, jersey, jeans, kemeja, kasut, wallet, boley la. Aku shopping collar shirt ngan wallet jer and also Vietnam printed t-shirt. Harga memang korang kena tawar-menawar. Tak salah mencuba kan. Mane tau ade luck boley dapat murah.
Dah abih shopping yang pompuan dah tak larat. Yang lelaki plak nak gi Hard Rock Cafe Ho Chi Minh. Dengan bantuan Google Maps berjayalah la jugak kitorang sampai kat HRC tu. Aku just nak beli t-shirt jer pun pastu posing-posing la sket. Hihi. Masa jalan kaki balik tu singgah jap kat Central Post Office (belakang HRC tu jer). Saje nak tengok suasana die waktu malam plak. Ari tu datang masa siang. Memang cantik lah ditambah dengan kesan pencahayaan lampu.Sampai hotel kitorang pun calling-calling la geng pompuan untuk gi dinner. Malam ni kitorang dinner kat Restoren Hajjah Basiroh. Aku order Viatnamese noodle lagi. Can’t get rid just like Vietnamese coffee. Hihi... Kitorang order side dish Vietnamese spring rolls gak. Memang sangat menyihatkan sebab kulit popiah tu dibuat dari beras dan inti die plak memang sayur-sayuran ngan udang. Memang segar lah. Dah kenyang kitorang jalan-jalan kat night market lagi, cuci-cuci mata ngan wallet then balik hotel untuk rest... Zzzzzzzzzzzzzz.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan