Today is our last day in Ho Chi Minh City. Ari ni memang
tak sempat dah nak ke mana-mana. Kitorang just jalan-jalan area hotel je and
have our breakfast. Dah nak balik pun sempat lagi beli barang kat makcik yang
jual penutup hidung ngan mulut kat depan hotel kitorang jer. Rezeki makcik tu
la. Kitorang pun memang nak abiskan duit Dong kitorang. Hotel ni memang bagus
sebab die boley tolong book kan untuk airport transfer. Skali termasuk dengan
harga hotel. Memang convenience. Lebih kurang dalam kol 10 pagi kitorang pun
bertolak la ke airport. Flight kitorang around 1. Aku sempat lagi tido sebelum
check-in counter untuk luggage tu di bukak. Ngantuk sangat-sangat. Tunggu punye
tunggu skali flight kitorang delay la plak. Sejam lebih jugak la delay. Cuaca
masa tu, ujan lebat. Sebab tu la delay. Hopefully semuanya okay la. Bukan ape,
risau nanti tak sempat nak catch flight ke Penang tu plak. Lagi naya nati.
Huhu... Akhirnya flight kitorang tiba, boarding, and finally selamat mendarat
di KLIA2. Nak tak nak kene la laju-laju ke main terminal sebab takut tak
sempat. Nak kene tunggu beg kat carousel tu lagi. Dah ler jauh giler nak kene
jalan. Termengah-mengah jugak la. Aku terserempak la plak ngan member aku yang
keje imigresen kat situ. Kebetulan die duty ari tu. Sorry beb, aku tak leh nak
nyembang lama-lama ngan ko. Kang terlepas flight plak. Alhamdulillah la
kitorang sempat board flight ke Penang tu. Kitorang selamat mendarat di Penang
Airport dalam kol 8.30 malam. Alhamdulillah... Semuanya selamat sepanjang trip
kitorang kali ni...
Sedikit kesimpulan dan tips untuk korang about this trip: korang kalau nak
datang aku advice bawak banyak duit Dong dan RM jer. Duit USD tu bawak la sket
untuk spare bayar hotel ke sebab most peniaga kat sini terima duit Dong ngan RM
and kalau guna USD kita yang rugi balik nanti. Kalau nak membeli-belah tu make
sure korang survey dulu harga barang yang sama kat beberapa buah kedai (especially
kat night market) and then buat la tawar-menawar sehingga dapat harga yang
paling berbaloi. Tapi jangan sampai gaduh-gaduh dah la ye. Hihi... Pastu kat
sini ade ramai jugak yang mintak sedekah. Kalau korang start bagi, nanti lagi
ramai la yang start ikut korang so better jangan tunjukkan sangat kebaikan
korang tu. Make sure you all spare sejumlah wang yang agak besar untuk makan
sebab rege makanan Halal agak mahal. Tak salah kan sebab dah datang tempat
orang mesti la nak try local food. Make sure korang naik teksi yang bermeter or
else nanti korang kene katok kow-kow punye. Aku advice korang amik teksi
Vinasun. Jangan shopping dulu kat Ben Thanh Market. Mahal kot harga die klu nak
compare ngan kat Cho Binh Tay. Tapi kalau korang dah tak tahan sangat tu nak
wat camne kan. Hihi... Must try food of course la Vietnamese noodle ngan kopi.
Minum hari-hari pun takpe. Selain kain-kain pasang, barang yang slalu orang dok
beli kat sini adalah beg, especially backpack yang macam nak naik gunung tu.
Beg trolley pun banyak. Kualiti ngan size bergantung pada bajet korang sniri
la.
All in all, percutian kali ni best la jugak. Membuka
mataku bahawa sesungguhnya negaraku Malaysia tetap di hati... Huhu...Orang
kata, jauh berjalan luas pandangan. Banyak yang aku belajar tentang perang
Vietnam dan pengorbanan rakyatnya untuk menentang penjajahan. So, korang pun
patut datang sini dan experience it yourselves.
See you guys in my next travelogue. Hhmmmmm... Where will
I be... ??? ;) ;)
Very nice blog , love that experience you tell...hope to see more travel blog from u...haha from your friends...
BalasPadam