Mount Kinabalu Climb

Day 1 ~ 01.10.2013
Day 2 . Day 3 . Day 4     🏠 Home
(click image untuk paparan album lebih besar)

OK. Trip aku kali ni agak berlainan sedikit. Kali ni aku ada satu misi untuk dijalankan dan hopefully ianya akan berjaya. Kalau sebelum-sebelum ni aku aku just spend time untuk jalan-jalan menikmati keindahan alam, shopping, tengok tempat-tempat menarik, etc. etc... Tapi kali ini misi aku merupakan antara misi yang paling besar dan mencabar untuk aku tunaikan. Memang ianya merupakan antara impian yang amat-amat nak aku lakukan. Mesti korang tertanya-tanya kan, apa la sangat misi aku tu... Hihihi... Actually, trip aku kali ini adalah untuk menakluki puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu puncak Gunung Kinabalu. Aku memang dah lama pasang angan-angan untuk berada di puncak Gunung Kinabalu. So, bila dapat peluang (thank you so much to Penang Port staffs especially Tuan Izhar Jusoh...!!!) memang aku tak lepaskan la... Untuk makluman, aku sebenornye risau jugak sebab aku memang tak cukup training. Hahaha...!!! Seingat aku la, ade la dalam 2 kali jer aku training panjat bukit. Hihihi... Hopefully aku cukup fit la untuk sampai ke puncak. OK la, dipendekkan crita, perjalanan kami bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Flight ke Kota Kinabalu dalam kol 10 pagi camtu la. Group kami ni ade la 20 lebih orang ahli ekspedisi. Kebanyakannya memang dah berpengalaman. Aku ni jer yang baru beginner. Hahaha...!!! 


While waiting...
Smile... :)

One for the album...
Ada jugak yang sempat snap... :D


Penerbangan mengambil masa dalam 2 jam lebih. Kol 1 tengah ari kitorang pun sampai la KK. Ini merupakan kali kedua aku di KK. Sebelum ni datang jalan-jalan jer. Sampai je kat airport KK chartered van kitorang dah siap tunggu untuk ke destinasi kitorang yang seterusnya iaitu ke Kinabalu Park. On the way ke sane kitorang singgah lunch dulu kat satu pekan kecil ni. Ape tah nama die, aku pun dah lupe. Pekan Telipok kalau tak salah. Yang aku ingat ade supermarket Giant kat situ. Dah kenyang, kitorang stop pulak kat pekan Nabalu. Aku dah penah datang sini dulu. Kat sini ade dijual souvenir untuk dibeli sebagai buah tangan. Aku tak beli ape-ape pun sebab balk nanti boleh singgah lagi. Tapi, yang almost of us beli ialah tongkat rotan, sebab tongkat ni memang sangat diperlukan bila mendaki nanti. Satu yang menarik kat pekan Nabalu ni ialah korang boley tengok dengan jelas Gunung Kinabalu. Magnificent. So huge. Terdetik jugak kat dalam hati waktu tu, mampukah aku sampai ke puncak nanti... Hhmmmm... InsyaAllah aku cuba la yang termampu aku. Dah puas posing-posing kat situ, kitorang pun terus la ke Kinabalu Park sebab nak kene amik permit kebenaran untuk mendaki. Ni pun kali kedua aku datang sini. Sebelum ni dah penah datang, siap hiking lagi kat dalam hutan tu. Hihihi... 





Dah setel semua urusan, kitorang pun terus ke destinasi terakhir hari ni iaitu ke Mesilau Nature Resort. Dekat-dekat area Kundasang jer. Kat sini jugak la nanti kitorang akan memulakan pendakian kitorang. Actually, untuk starting point mendaki ni ade 2, satu Timpohon Gate iaitu kat Kinabalu Park dan juge Mesilau. Bezanya trail Mesilau ni lebih jauh dan lebih mencabar tetapi pemandangan sepanjang pendakian tu mmg fantastic dan korang jugak akan dapat sijil extra kalau guna trail ni. Masa kitorang sampai resort ni dah gelap dah. Dah siap urusan pendaftaran, kitorang pun masuk la bilik. Dah rehat jap, terus kitorang gi dinner dan juga diberi briefing oleh ketua ekspedisi berkaitan dengan program untuk besok hari. Suhu kat sini, bbrrrrrr... Memang agak sejuk jugak la... Nak mandi malam tu pun pikir 2,3 kali jugak la. Dah ler water heater macam tak function sangat. Haha... Tapi aku mandi jugak la. Untuk tak nak tergesa-gesa besok, kitorang pack siap-siap barang keperluan yang nak dibawa naik besok. Yang selebihnya tu boley tinggal ngan kitorang punye tour guide jer. Malam tu masing-masing tido awal sebab besok merupakan hari penting buat kitorang semua. So, rehat mesti cukup... Zzzzzzzzzzzz...

Having our dinner...
Briefing by our group leader

Ho Chi Minh City Tour

Day 1 ~ 19.10.2014
Day . Day 3 . Day 4 . Day 5     🏠 Home
(click image untuk paparan album lebih besar)


Okay. Kali ni destinasi percutian kitorang ke Ho Chi Minh City, Vietnam plak. Ni pun first time kitorang nak jalan sini. Actually, percutian ni tak diplan sangat pun. Masa tu Air Asia ade buat tambang murah, so kitorang pun book je la. Banyak jugak la dugaan dalam minggu terakhir sebelum nak fly tu. Asalnye kitorang 6 orang tapi last-last minit 2 orang tarik diri la plak. Ahhhh... tak kisah lah. Yang penting percutian ni tetap berjalan...!!! Yieehhaaaa...!!!


Posing dulu... Hihi...
Jommmm....!!!


Menunggu flight ke Ho Chi Minh City di KLIA2

Flight kitorang awal pagi. Around 8 macam tu la. Macam biase, naik dari Penang International Airport ke KLIA2. Flight ke Vietnam tengah ari so kitorang pun breakfast la dulu kat KLIA2 sementara tunggu flight. Memang lapo pun sebab tak makan ape-ape lagi. Huhu... Dah kenyang kitorang terus jer check-in. Alhamdulillah... flight kitorang takde ape-ape masalah. Dalam 2 jam lebih macam tu sampai la kitorang kat Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh City ni. Nak amik cab agak mencabar jugak ler. Dah ler kena berebut dengan local, kita plak tak boley nak cakap bahasa dorang and dorang pun tak paham sangat english. Tu blom lagi dengan ulat-ulat yang nak amik kesempatan. Huhu... Sebelum datang pun kitorang dah buat research tentang perkhidmatan teksi yang sah dan disarankan untuk digunakan. Dalam banyak-banyak teksi tu Vinasun la yang paling direkomen dan kitorang pun akhirnya berjaya gak dapat teksi jenis ni. Hihihi... Dari airport nak ke city center amik masa dalam 30 minit. Memula driver teksi macam tak sure sangat hotel kitorang kat mane. Kitorang lagi la tak tau. Hahaha... Tapi bila kitorang bagitau dekat sangat-sangat dengan Ben Thanh Market (thank you Google Map...!!!), dia pun angguk-angguk la kepala dia. Finally sampai la jugak kitorang kat Red Ruby Hotel yang memang sebelah jer dengan Ben Thanh Market. After check-in hotel, kitorang lepak-lepak jap kat bilik. Ilangkan penat sat. Dah ilang penat destinasi pertama kitorang adalah menuju ke Central Post Office. Tujuan kiorang ke sini sebab nak beli postcard ngan stamp. Kalau lambat nanti tutup plak. Aktiviti tulis postcard and then hantar kat member-member ni antara yang populer la kalau datang kat post office ni. Kitorang jalan kaki jer. Dalam 20 minit jugak la dari hotel, bergantung kepada kepantasan korang berjalan. Hihihi... Kat sebelah pejabat pos ni ade satu gereja Cathedral yang dibina masa penjajahan Perancis dulu. Lawa jugak la senibinanya. Bila tengok cuaca macam tak berapa nak elok jer (time ni merupakan musim monsun di sini... Huhuhu...) kitorang pun berangkat pulang. Kitorang singgah Ben Thanh Market untuk survey-survey barang ngan harga. Peniaga-peniaga kat sini agak agresif jugak la bila nak dapatkan pelanggan. Siap tarik-tarik lagi. Scary pun ade. Huhu... 

Suasana kat dalam Post Office
With the ladies... :)


Pandangan luar Post Office

Perut time tu memang dah lapar dah. Ye la, blom lunch pun lagi. So, kitorang pun cari la kedai makan kat area hotel kitorang tu. Kitorang decide untuk makan kat Serai-Malaysian Kitchen Restaurant, milik orang Malaysia jugak ni. Memang nak warning korang siap-siap, harga makanan halal kat sini memang agak mahal sket. Skali makan dalam RM20++ macam tu la especially kalau korang order nasik. Since ni dinner pertama kitorang kat sini, so nak la rase local food kan. So kitorang pun order la viatnamese noodle ngan viatnamese coffee. Perrrgghhhh...!!! Memang terangkat beb...!!! Sup dia ade rase lain macam sket. Ade rase pedas-pedas, masam-masam sket. Dorang ade taruk black pepper kot dalam tu. Kopi diorang pun memang maveles lah... Penggemar kopi mesti suke punye. Perut pun dah kenyang, kitorang gi jalan-jalan plak kat night market sebelah je ngan Ben Thanh ni. Memang tiap-tiap malam ade night market ni. Bila compare harga, memang murah lagi dari Ben Thanh tapi korang kena gunakan segala skill tawar-menawar yang korang ade. Oh, lupe plak nak bagitau. Kat sini matawang yang digunakan adalah Vietnam Dong, tapi US Dollar pun digunakan secara meluas. Jangan risau, Ringgit Malaysia pun dorang trima gak. Dorang ni memang dah terer cakap melayu. Ye lah, mane taknye, sepanjang dok bejalan tu, boley dikatakan orang Malaysia la yang paling ramai. Hahaha...!!! Kitorang blom start shopping lagi. Just survey-survey jer dulu since hotel kitorang kat sebelah jer. Bile-bile mase nak pegi beli pun boley. Dah letih jalan-jalan kitorang pun balik bilik untuk ngorokkk... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....



Korang convert la sniri rege nye...
Yummyyyyyyy...!!!