Kinabalu Climb Day 3

Day 3 – 03.10.2013                                                                                                       
Day 1 . Day 2 . Day 4     🏠 Home

Today is my biggest and most challenging day. Penentuan whether I can make it to the top or not... Setelah telelap kira2 4 jam (tak leh tido lena sangat pun sebenaqnya...) kami semua bangun jam 1 pagi untuk bersiap-siap untuk meneruskan peringkat akhir ekspedisi ini, which was the hardest and most difficult part. Of course la tak mandi kan, giler kau nak mandi time-time macam ni. Mau keras beku dibuatnya... Dah siap-siap semua, kitorang pun turun bawah to have early (very early indeed) breakfast. Sekadar alas perut, memang takde selera sangat pun nak makan time ni. Dok pikiaq pasai nak memanjat satgi ni. Masa dok kat dalam tu OK lagi. Tapi bila keluaq ja dari bangunan tu... Perrgghhhh... Memang sejuk giler lah... Dengan angin lagi. Kitorang diberi briefing dulu oleh sherpa. 





Lebih kurang jam 2.30 pagi, kitorang pun memulakan langkah untuk menakluk puncak Kinabalu. Of course la sebelum tu kitorang baca doa dulu, mintak Allah jauhkan dari sebarang perkara yang tidak diingini dan diberi kekuatan kepada kitorang untuk meneruskan pendakian kitorang. Part mula-mula ni masih kena daki tangga, kene beratur la dalam barisan sebab memang ramai sangat orang. Panjang giler kot aku rase. Tak brapa nak nampak memang gelap gelita, hanya cahaya lampu dari headlight jer yang jadi panduan... Masa kat sini, sesape yang rase macam tak boley nak teruskan pendakian, kene bagitau siap-siap so that nanti takde la nak menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Aku okay je lagi sampai setakat ni. Bile abis je part naik tangga tu... Jeng jeng jeng... Tibalah part mencabar yang aku pun rasa macam tak brapa yakin je nak buat. Huhuhu... Dari kejauhan aku hanya nampak cahaya-cahaya lampu headlight peserta lain nuuuuuuuunnn jauh di atas lereng-lereng batu... Curamnya ya Allah... Nak kena lalu kat tepi yang hanya muat-muat ngan tapak kaki jer. Aku tgk tali untuk pegang tu pun macam tak meyakinkan sangat jer. Bila pandang bawah, nampak cahaya lampu dari rumah-rumah. Nasib baik la gelap. Klu siang... Uwaaaaa... Takpe, takpe, semua tu tak melunturkan semangat aku. Dalam kepala otak aku macam-macam benda yang dok berlegar-legar, and most of them are negative... Masa tu memang dah tak kenal dah geng ke tak geng ke, sebab masing-masing dok concentrate dengan pendakian masing-masing. Oleh sebab laluan die memang semua batu, so kita memang kena make sure kasut kita memang btol-btol dalam keadaan bagus, especially tapak. Kalau tak, boley tergelincir kot. Nak berpaut masa mendaki pun satu hal lagi. Oleh kerana berjalan dalam kegelapan so kita tak boley nak agak apa yang ada kat depan kita. Lubang ke, lopak air ke, curam ke, datar ke. Rupa bentuk mukabumi, kadang curam tahap gaban, kadang tak brape curam sangat. Ada jugak part kita kena panjat-memanjat. Errrkkkkk... Actually dorang ade bagi tempoh masa untuk kitorang sampai ke check point. Kalau dah lebih dari masa yang ditetapkan, alamatnya babai la... Kena patah balik ler korang. Alhamdulillah, aku berjaya melepasi check point dan selepas melaporkan diri, aku teruskan pendakian. Masa ni keadaan masih lagi gelap. Lepas check point tu, kitorang still kena panjat-memanjat lagi, sehinggalah sampai kat satu kawasan yang agak tak brapa curam sangat. Okay la sikit kat situ. Dari jauh aku dah boley nampak puncak Kinabalu. Ya Allah... Kau berilah aku sedikit lagi kekuatan dan semangat untuk sampai ke puncak, aku tak henti-henti dok berdoa. Untuk sampai ke puncak, sekali lagi nak kena memanjat. Kita kena lebih berhati-hati sebab orang dah mula ramai dan laluan memang sempit dengan batu-batuan yang tidak sekata. Pandai-pandai korang la... 








Alhamdulillah... Akhirnya, berkat kesabaran dan semangat juang aku, aku telah berjaya menakluk dan berdiri di atas puncak Gunung Kinabalu di ketinggian 4095.2m dari aras laut pada jam 5.40 pagi... Aku sangat-sangat bersyukur. Rase nak nangis pun ade. Macam tak pecaye pun ade... Huhu... Suhu masa tu, mak oiiiii... Memang di bawah paras beku lah... Nak becakap pun tak boley dah. Teketaq-ketaq ja. Rupa-rupanya aku la orang first dalam our group yang sampai dulu. Aku ingatkan aku antara yang di belakang dah. Aku dok jap kat atas tu menikmati pemandangan dan keindahan ciptaan Allah dari puncak tertinggi di Asia Tenggara ni. Ye lah, bukannya senang nak sampai kat atas ni. Subhanallah... Saat mentari mula muncul di ufuk... Keindahannya hanya orang yang menyaksikannya saja yang tau... Alhamdulillah cuaca memang amat baik. Lepas aku sampai, sorang demi sorang hali-ahli group kitorang pun sampai. Dalam 20 minit dok kat atas tu, aku turun la ke bawah sket. Ye lah, kene la kasi can kat orang lain jugak kan. Hihihi... 








Dah amik gambo ape yang patut aku pun turun la dengan member aku. Tak boley tahan sejuk sangat-sangat. Tapi bile matahari dah mula naik, dalam jam 6 lebih macam tu, tahap kesejukan tu dah mula berkurangan. Masa dalam perjalanan turun tu baru la kitorang tau macam mana rupa bentuk muka bumi yang sebenarnya... MasyaAllah... Curam jugak sebenaqnya... Ni kalau tegolek ni alamatnya memang babai la... Memang nasib baik la masa naik tu gelap tak nampak apa. Masa nak turun ni lah aku dah rasa kaki aku macam nak cramp dah. Memang susah nak bengkok kaki. Memang problem la kalau nak turun tangga. Nak tak nak aku kena turun jugak. Kesakitan tu aku tahan je la, nak wat camne. Memang slow giler la aku turun. Terhincut-hincut orang Penang kata. Masa sampai kat lereng gunung yang aku cakap mula-mula tadi, barulah nampak the reality... Gayat siotttt...!!! Ni kalau tersalah langkah, memang arwah la jawabnya... 






Bila dah sampai kat laluan bertangga tu, satu lagi masalah sebab kaki kanan aku tak boley nak bengkok lutut. Huhu... Tuhan jer yang tau camne sakit and siksa aku rasa. Nak laju memang tak boley. Rasa nak sampai ke Laban Rata tu jaaaauuuhhhhhhh sangat-sangat. Jalan punya jalan sampai jugak kat Laban Rata. Aku dapat rasakan kepuasan setelah dapat menakluk puncak Kinabalu. Sukar nak gambarkan dengan kata-kata. Kitorang rest jap sambil minum pagi. Pastu naik bilik untuk rest jap dan kemas barang-barang sebab jap lagi dah nak turun semula. Aku harap kaki aku ni masih mampu melangkah turun. Sapu minyak apa yang patut. Bila semua ahli grup dah siap, kami pun check out and bersiap untuk perjalanan turun, lebih kurang jam 11 pagi. Untuk balik ni, kami guna laluan Timpohon pulak. Memang betul, laluan Timpohon ni agak membosankan. Memang tak macam trail Mesilau. View die hanyalah hutan, pokok-pokok kiri dan kanan. Pastu penuh ngan tangga jer. So, korang tak boley nak enjoy the climbing and akan rasa cepat bosan dan letih. Aku seniri rasa bosan masa perjalanan turun tu, rasa lambat sangat, ditambah pulak terpaksa tahan kesakitan kaki kanan aku ni lagi. 





 

Jalan punya jalan... Akhirnya... Aku nampak pintu gerbang... Arrgghhhhh...!!! Sampai jugak aku akhirnya kat pintu keluar ni yang membawa maksud aku telah pun berjaya dalam misi aku untuk menawan puncak Kinabalu...!!! Yahooooo...!!! Dalam pukul 3 petang aku pun melangkah keluar dari Timpohon Gate yang terletak di Kinabalu Park. Bila dah keluar tu, kitorang tunggu van datang amik untuk ke tempat berkumpul dan having our meal there. Dah ade dalam 4,5 orang yang dah sampai. Fuhhhhh... Memang letih, tapi puas... Misi aku telah berjaya...!!! Bila semua ahli group dah sampai, kitorang pun terus shoot ke bandaraya Kota Kinabalu untuk bermalam di sana. Malam jugak la kitorang sampai. Dah check in, mandi-mandi then rest kejap before kuar untuk makan malam. Kitorang makan dekat-dekat dengan hotel jer sebab masing-masing pun still dalam keletihan. Roomate aku lagi la, langsung tak boley nak bejalan sangat. Lagi teruk dari aku. Hahaha...!!! Lepas dinner, aku terus naik bilik... Letih... So, time to zzzzzzzzzz.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan