Bali Day 2



Day 2 ~ 15.02.2014                                                       
Day 1 . Day 3 . Day 4 . Day 5     🏠 Home

Hotel Tusita, spent first night here
Okay. Hari ni kitorang bangun awal sebab memang nak kene gerak awal. Destinasi utama kami hari ni nak ke Kintamani. Kintamani ni kawasan tanah tinggi, lebih kurang macam Cameron Highlands tu la. Tapi bezanya, kawasan tanah tinggi ni terhasil selepas berlakunya aktiviti gunung berapi. After breakfast, kitorang terus checkout hotel sebab nak stay kat hotel yang dekat dengan pantai Kuta. Senang la sket nak jalan kaki jer nanti. On the way nak ke Kintamani tu, kitorang ade jugak la singgah-singgah kat tempat tumpuan pelancong, menurut kitorang punye guide tu. First kitorang singgah kat satu kilang buat barang-barang silver. Memang beso la kawasan die. Lepas tengok-tengok dalam kawasan diorang proses tu, kitorang pegi lak kat showroom die. Macam-macam jenis barang silver yang ada. Kalau orang pompuan memang sesuai la. Harga pun boley tahan, so kitorang pun tengok je la. Hahaha… Then kitorang teruskan perjalanan and stop kat satu tempat buat batik ngan songket. Biasa la, sama macam kat Malaysia jugak la cuma motif dan design tu ade la lain sket.Ramai gak la tourist kat sini especially mat saleh. 

Gigih kan dorang ni...
A very tedious work...
Ni proses polish...
Showroom dorang... Macam-macam ada...


Statue kat luar kompleks ni...
Canting batik tangan
 
Another batik canting
Mesin tenun




Pengembaraan kitorang (chewwahhh…) diteruskan lagi. Next station is Ubud. Ubud ni memang tempat wajib la untuk visit kalau datang ke Bali ni. Memang ramai btol foreigner kat sini. Kebanyakan tempat untuk stay kat sini macam hotel bajet la but very nice. Die nye architecture ngan interior design memang lain dari yang lain. Aku ni minat ler jugak dengan design-design rumah ni. Hehehe… Dengan all the cafes, book store, pub, lounge, spa, memang happening lah. Nite life kat sini sure meriah. Disebabkan Ubud ni dah berada kat kawasan tanah tinggi, so cuaca kat sini agak nyaman. Masa kitorang sampai sini macam nak ujan. Mendung jer. Satu lagi tarikan utama kat Ubud ni ialah kat sini la tempat nak shopping souvenirs. Memang banyak giler kedai-kedai yang jual benda-benda ni wa cakap lu. Fridge magnet, key chain, t-shirt, pario, bikini, shorts, topi, kasut, bunga, pasu bunga, banyak giler la benda. Tapi… ada satu benda yang memang boleh dikatakan every shop pun ade jual. Hahaha…!!! Sape-sape yang penah datang sini tu sure paham apa yang aku maksudkan. Aku nak tulis kat sini pun tak bleh. Pricewise, aku pun tak sure tapi guide tu ade la cakap harga kat sini agak tinggi sket. Kena la pandai tawar-menawar. Kitorang decide tak nak beli lagi sebab still ade banyak mase lagi. So, jalan-jalan pusing-pusing tengok-tengok je la. Agak-agak dah puas, kitorang pun teruskan la perjalanan ke main destination kitorang. 

Model jalanan di Ubud :P
Welcome to Ubud...
Suasana dalam kompleks kawasan shopping
Pinocchio pun ade...???

Luar kawasan beli-belah di Ubud
Another view of shopping street

Pemandangan di Kintamani dari restoren... Magnificent...



Jom kita lunch dulu... :)
Sepanjang perjalanan tu view memang cantik. Kitorang sampai kat Kintamani just nice untuk lunch. Guide kitorang bawak kat satu restaurant ni. Ramai gak orang. Makan style buffet. The best part is kitorang makan sambil ngadap view yang amat cantik. Ade gunung-gunung tinggalan gunung berapi, ngan tasik kat bawah. Memang marvelous la. Bile lagi nak dapat makan kat tempat macam ni kan. Tapi kalau tengok bawah agak takut jugak la. Hahaha… dah kenyang tu, kitorang pusing-pusing and posing-posing la kejap. Hahaha… Guide tu siap bawak kitorang pegi local market kat situ. Banyak la hasil tanaman yang dorang jual. Buah-buah ngan sayur yang paling banyak. Kitorang beli la buah salak nak try. Ngan buah ape lagi tah. Aku pun dah lupe. On the way balik tu kitorang singgah minum kopi luwak. Famous tu kat sini. Kalau tak try memang tak sah lah. Minum free jer pun. Hihi… aku siap try goreng bijik kopi tu lagi. Makcik tu sure cakap dalam hati dia, kacau keja aku je la budak nih.


Macam dekat jer.. Hihi...
Actually makcik ni memang meletop tau. Penah kuar dalam Majalah 3. Hihi… dah puas kacau makcik tu, kitorang pun meneruskan perjalanan pulang. Tapi sempat lagi singgah kat satu tourist attraction ni. Nama tempat ni Goa Gajah. Kira macam tinggalan kuil Hindu gak la. Kene turun naik tangga jugak la. Yang menariknye kuil ni dalam gua. Banyak gak ruins yang korang bleh tengok. Dah penat pusing-pusing kitorang pun balik la semula ke Kuta. Nak kena check-in hotel baru lak. Cari punye cari jumpe la yang agak dekat ngan pantai Kuta. Pas masukkan barang dalam bilik kitorang rest jap pastu siap-siap nak kuar jalan kat pantai Kuta and also isi our perut… Lapo wehhhh… Ramai giler pelancong kat sini. Dah penat jalan-jalan maka kitorang mengambil keputusan untuk balik tido… Sambung besok plak… Letihhhh… Krohhhh… Krohhhhh…


Travel companion... :)
Makcik ni famous ok... :D

Pintu masuk ke Goa Gajah

Dalam kompleks Goa Gajah Temple
Ni pun kat dalam Goa Gajah gak





On the second day, we start our trip by stopping at the silverware factory. Here, we can watch the process of the raw silver being transformed to so many types of jewelries and other types of products. You can also buy them as a souvenir. After that, we also visited batik factory. Batik is a traditional type of canvas design, drawn either by hand or using block. We stopped by at Ubud, which was the place for shopping souvenir at a bargain price. Remember to negotiate at the very best price because they tend to offer higher price to the tourist. You can find so many things here; bags, shoes, shirts, sarongs, key chains, fridge magnets, and the list goes on and on. Then, we continue our destination to Kintamani, which is a highland tourist attraction with cool and fresh air. The view was spectacular as you can see volcano and lake crater. We have our buffet lunch here with naturally beautiful view as the backdrop. The guide also stopped at one of the market where the local sell their harvested crops, mostly fruits and vegetables. Not to forget processed food and also local delicacies. We took this chance to try the local fruits and they were so fresh because they were newly plucked. On the way back, we stop for a cup of coffee. They called it 'kopi luwak' which means fox excrete coffee. Don't worry, it is just the name. Hehe.It is situated in the middle of tropical fruits farm. This coffee was so famous all around the country. After that, we stop at Goa Gajah temple, which means elephant cave temple, then back to our hotel. At night, we cruise by Kuta Beach which is just a few hundred meters from our hotel, to enjoy the night life here and also to have our dinner.



Welcome to Kuta Beach...

Lets rockkkkkk...!!! ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan