Bali Day 4



Day 4 ~ 17.02.2014                                                                                  
Day 1 . Day 2 . Day 3 . Day 5     🏠 Home


Macam poyo je kan... Hahaha...!!!
Hari keempat ni agak mendung sket. Baru lepas ujan agaknye. Kitorang ari ni ikut guide kitorang jer. Mane die suggest, kitorang ikut jer. Dalam kol 9 mcm tu kitorang gerak. First destination, die bawak kitorang ke satu pantai ni. Die kate view memang sangat cantik, plus kawasan ni tak ramai lagi yang tau so takde la crowded sangat. Malangnyer… ujan agak lebat time tu. Kitorang tunggu punye tunggu ujan tak jugak reda-reda. Oleh kerana tak nak buang mase lagi, kitorang pun buat keputusan untuk ke next destination jer. Tempatnye ialah Garuda Wisnu Kenchana Cultural Park. Singkatannye panggil GWK jer. Tempat ni macam satu taman kebudayaan, mostly menceritakan tentang sejarah epic Hindu macam kisah Ramayana ngan Sitar tu. Aku pun tak brape tau sangat. Hihihi… Mase sampai tu ujan baru je stop. Agak basah la jugak. Tapi ok la daripada ujan langsung tak leh nak gerak mane-mane nanti. Nak masuk dalam ni kene bayor. Masuk dalam jer ade macam satu kawasan taman. Macam tapak untuk konsert pun ade. Hihi… Korang tengok la sniri kat dalam gambo tu. Ade kepala garuda yang tersangat la beso nyer… Tengah dok jalan-jalan tu ujan turun la plak. Terpaksa la kitorang mencari tempat berlindung. Ade satu pondok macam wakaf, kitorang dok la situ. Wakaf ni dok sebelah ngan satu kepala dewa yang beso juge. Bile ujan dah stop, kitorang pun turun le bawah. Oh yer, actually, kawasan GWK ni agak tinggi, so boleh la nampak view Bali kat bawah. 

      

 


Mase sampai kat bawah tu, kebetulan show baru je nak start kat auditorium. So, kitorang pun gi la tengok. Agak lame jugak la show ni, ade la dalam sejam kot. Show tu berkisarkan kisah2 epik Hindu jugak. Boley la tahan, ade ramai awek-awek dancers yang cun-cun. Hihihi… Dah abis amik-amik gamba ngan awek-awek tu kitorang pun kuar la. 

 

Mane yang lagi OK...?? To the left or right...?? :D


Dah ujan-ujan camni, memang la cepat lapo. Hihi… Kitorang singgah kat satu restaurant ni untuk makan tengah ari. Nama restoren ni Puti Intan Restaurant. Sajian die ala-ala minang jugak. Banyak gak lauk-pauk local die. Rase… Memang sedappp laaaaaa…!!! Memang rase authentic Indonesian cuisine. 


Memang sedappp baq angggg...!!!

Agak-agak dah kenyang, kitorang meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Tempatnya ialah Pura Luhur Uluwatu. Ni pun kawasan temple lama gak ni. Yang menariknye, ianya terletak di hujung tebing laut yang memang la tinggi. Camne la dorang bina dulu pun tak tau. Nak masuk sini, kena tutup aurat. Hihi... Disebabkan aku pakai seluar paras lutut, maka aku diberikan kain untuk dipakai. Bukan skirt okay…!!! Haha… Ade jugak local villager yang jual pisang untuk bagi kat monyet-monyet kat sini. Satu peringatan: kat sini memang la banyak monyet yang agak la aktif dan bertenaga. Guide kitorang dah pesan soh jaga btol-btol barang-barang especially camera, sunglasses ngan henpon. Monyet-monyet ni memang suka rampas barang-barang orang. Kalau nak balik barang tu kene bagi dorang makanan. Huhuhu… Agak menakutkan… Okay, dipendekkan citer, kitorang pun jalan la masuk ke dalam kawasan Uluwatu ni. Kene jalan kat tebing laut. Bila nampak jer laut… Perrgghhhhhhh…!!! Memang cunnnnn gilerrrrrrr beb…!!! Nampak saujana mata memandang, Lautan Hindi yang terbentang luas. Cuaca pun ari tu mendung jer, baru lepas ujan ler katakan. Laut die menang cantik. Tapi kalau nak amik gambo tu hati-hati la same sebab tebing die memang tinggi. Kalau terjatuh alamatnyer... Korang Paham-paham sniri la yer... Dah puas bergambar kat situ, kitorang pegi kat another side of the cliff. Haaaa… Masa nak lalu ke the other side ni lah banyak monyet yang dok tunggu. Cuak le jugak. Hihihi… Tapi jalan wat bodo jer. Untuk pengetahuan, waktu senja akan ada show Kechak Dance, salah satu tarian masyarakat Hindu kat sini. Die ade buat tempat duduk macam kat stadium tu. Tapi kitorang takde la nak tunggu sampai senja kat sini. Hihi… 


 



Lautan Hidi terbentang luas... Subhanallah...






Dah puas jalan-jalan kat sini, kitorang meneruskan perjalanan. Guide tu stop kat Padang-Padang Beach. Nak gi pantai ni, kene turun tangga yang agak curam. Memang cantik pantai ni. Tapi pantai die tak panjang. Pendek jer. So kalau ramai orang nampak agak crowded la. Aktiviti yang popular kat sini of course la surfing. Kitorang ni, dah tau mai Bali sure la ada pantai, tapi sorang pun tak bawak pakaian mandi. Hahahah…!!! So boley tengok air laut je la… Dah puas jalan-jalan kat pantai ni, kitorang pegi pulak kat satu lagi pantai. Tapi pantai ni memang special. Belum lagi terusik dengan pembangunan (tapi kitorang dah boley tengok construction are on the way… Maybe nak buat resort ngan hotel kot). Memang marvelous…!!! Cantik giler beb…!!! Kalau korang nak tau, videoclip lagu Tomok ngan Yana Shamsudin tu pun ade shoot kat sini gak. Ape tah tajuk lagu tu, Cinta Tak Pergi kot kalau tak salah aku la… Hihihi… Pantai die panjang, pastu ade batu-batu yang agak unik. Penduduk kat situ pun ade tanam rumpai laut jugak. Korang kene datang seniri baru la korang dapat rasa ape yang aku maksudkan… Oh yer, lupe nak bagitau. Nama pantai ni Pandawa… Dah puas main air kat sini, kitorang pun balik la semula ke Kuta. Kitorang mintak guide tu hantar terus ke Pantai Kuta. Kitorang jalan-jalan kat sini sambil tengok-tengok gerai kat sini yang banyak jual souvenir. Boley la buat last minute shopping. Since ni dah malam terakhir, so kitorang pun lepak la nak tengok matahari terbenam kat Pantai Kuta ni… Sedih jer… Besok dah nak balik… Huhuhu… Isk... Isk... Isk...

Sebelum balik, korang bace la dulu kat sini... :)

Padang-padang Beach...


Pandawa Beach... Memang cantikkk gilerrr...


Mathari terbenam di Pantai Kuta...


On the fourth day, we start our journey to Garuda WisnuKencana, or better known GWK, where you can see a giant eagle-like bird statue with human body. It is actually based on an old saga, told by the great, great ancestors, where he fights for freedom. You can see most part of Bali from here as it is located on a hill. Lady luck was also on our side when the cultural show was about to start at the auditorium. Some beautiful ladies with traditional costume (colorful and… Errr… Sexy I guess… Haha…!!!)showed their dancing skills depicting old Hindu saga such as the Ramayana and Sita. The show goes for about half an hour. After having our delicious traditional Indonesian cuisine for lunch at a local restaurant, we continue our journey to Pura Luhur Uluwatu, another old Hindu temple which stand on the cliff of the Indian Ocean. Again, the view was so marvelous where you can see the Indian Ocean view as far as your eyes can see. But beware: the monkeys here were quite active and ferocious. They tend to steal anything, especially food from you! If you come here at dawn, then you can watch Kecak dance, a traditional Hindu dance originated since thousand years back. But for us, we have to leave early. We then stop at Padang Padang Beach, a popular spot for water sport lovers especially surf and wake boarding. We just walk by the beach because none of us bring our swimming attire. Haha! Before heading back to Kuta, we stopped by at Pandawa Beach. Wowwww! As we approach the beach, we can see bluish, greenish sea and the waves! I cannot describe it exactly by words. You have to see and experience it by yourself. This beach, according to our guide, was still new to the tourist so it still has it charms, clean and not packed with people so you can move freely. However, we can already see some development (I think some hotels and resorts) was in progress. After having some evening breeze, we head back to Kuta beach, enjoying sunset, and grab our dinner.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan